Beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang dilanda banjir kilat hari ini berikutan hujan lebat yang berterusan.
Kawasan terlibat termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Balai ketibaan Lapangan Terbang berkenaan yang dinaiki air menyebabkan beberapa penerbangan dan pelepasan dalam negara terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca buruk.
Jurucakap lapangan terbang itu berkata kawasan yang terjejas ialah kawasan awam iaitu ruangan balai ketibaan, lorong 1 tepi jalan, bahagian laluan servis udara dan ruang balai singgah.
Keadaan trafik juga terhenti berikutan air banjir telah melimpahi bulatan yang menghala ke terminal lapangan terbang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata jalan berkenaan telah tersumbat namun keadaan adalah terkawal.
"Walaupun hujan lebat, tiada kemalangan berlaku setakat ini," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, di Teluk Bahang, kira-kira 1,000 penduduk dari tiga kampung terjejas akibat banjir kilat dan setakat 6.30 petang tadi, sebanyak 15 keluarga, seorang Orang Kurang Upaya dan seorang kanak-kanak berusia setahun ditempatkan di Dewan Majlis Bandaraya Teluk Bahang.
Berjaga-jaga
Jabatan Pertahanan Awam Negeri turut membantu dengan menghantar tiga pacuan empat roda dan dua ambulans ke tempat kejadian banjir kilat.
Ketua operasinya Lt. Mohd Aizad Abdul Ghani berkata jabatan berkenaan akan meletakkan anggotanya dalam keadaan siap siaga sehingga semuanya pulih.
Sehingga 4.30 petang, banjir kilat mulai surut setelah hujan lebat mulai reda.
Bagaimanapun, penduduk dari Kampung Nelayan, Kampung Teluk Awak dan Kampung Desa Marina bimbang bahawa hujan akan turun kembali berikutan musim monsun telah bermula.
Ini adalah kali pertama Kampung Desa Marina dilanda banjir kilat manakala Kampung Nelayan dan Teluk Awak dilanda banjir buat kali ketiga.
Kira-kira 20 kereta dan 40 motosikal telah dipindahkan namun terdapat banyak juga kenderaan yang terperangkap di kampung berkenaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang memaklumkan bahawa selain hujan lebat, terdapat kemungkinan bahawa sistem perparitan yang telah ketinggalan zaman, menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan lalu lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata, hujan lebat yang mencecah sehingga 190 mm direkodkan di empangan Teluk Bahang.
Katanya, kejadian air pasang telah menyebabkan tebing sungai Teluk Awak pecah, sekali gus menyebabkan berlaku banjir kilat di Teluk Bahang.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, melahirkan kebimbangan bahawa kejadian banjir kilat disebabkan aktiviti penggondolan bukit di Bukit Teluk Bahang.
Pada masa sama, di Bayan Lepas, Relau dan Batu Maung, lebih 100 keluarga terjejas akibat banjir kilat dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih mengumpul data mengenai berapa ramai yang terjejas.
Bernama
Mon Jul 18 2016
![Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468848479_GEORGETOWNbanjir.jpg)
Kampung Nelayan, Kampung Teluk Awak dan Kampung Desa Marina dekat Teluk Bahang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat hari ini. - Foto Bernama
![‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721200186_theexperts.jpg)
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
![Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721204433_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
![HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720587505_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
![Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720230443_tbUNhumanitarians.jpg)
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719971161_banjirpenampangs.jpg)
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719911403_TBbanjirSabah.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Mangsa banjir di Sabah meningkat, lebih 400 orang berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 464 orang daripada 140 keluarga yang berada di empat PPS.
![Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719808253_banjirpenampangs.jpg)
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
![Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719795344_APM.jpg)
Mangsa banjir di Penampang meningkat, satu PPS dibuka di Putatan
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga semalam.