KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengambil keputusan untuk membenarkan pengoperasian bazar Ramadan mulai 12 April hingga 12 Mei 2021.
Namun, keputusan tersebut tertakluk kepada beberapa syarat membabitkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pelaksanaannya.
"Sebelum memulakan operasi, premis-premis ini dikehendaki mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB).
"Semua pekerja dan pengusaha mesti telah menjalani ujian swab untuk RT-PCR dan keputusan harus diisytihar negatif COVID-19 sebelum memulakan operasi.
"Pemeriksaan berkala akan dilaksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi. SOP boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak," ujar JPBN Sarawak dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu dua kematian turut dilaporkan oleh JPBN Sarawak pada Khamis, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 101 orang.
"Kes kematian ke-100 merupakan kes ke-9,605 melibatkan seorang wanita tempatan berumur 72 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Sibu apabila ujian bagi saringan bergejala COVID-19 dengan rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 28 Februari 2021.
"Namun keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2021," jelas JPBN Sarawak.
Selain itu, kes kematian kedua juga melibatkan kes yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu.
"Kes kematian ke-101 merupakan kes ke-14,314 melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 88 tahun. Kes ini merupakan kontak kepada kes positif yang dilaporkan sebelum ini.
"Kes adalah ADL (Activities of Daily Living) dependent di mana mereka memerlukan bantuan sepenuhnya dalam aktiviti kehidupan harian mereka. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2021," jelas.
Kedua-dua kes yang dilaporkan pada hari ini dilaporkan mempunyai ko-morbid.
Sementara itu, Sarawak mencatatkan 308 kes baharu pada hari ini.
Jelas JPBN Sarawak, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di negeri berkenaan meningkat kepada 14,963 kes.
"Daerah-daerah yang melaporkan kes adalah Daerah Serian (66), Bintulu (60), Sibu (58), Meradong (46), Miri (40), Kuching (11), Samarahan (lapan), Beluru (lima), Betong (empat), Kapit (tiga), manakala selebihnya dua kes di Bukit Mabong, Julau dan Sri Aman. Satu kes pula direkodkan di Sebauh," tambah kenyataan sama.
Nickyson Nyambar
Thu Mar 25 2021
Peniaga yang beroperasi dalam bazar ramadan dikehendaki menjalani ujian swab RT-PCR sebelum boleh memulakan perniagaan mereka. - Gambar hiasan.
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Port Dickson bakal jadi hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ekopelancongan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menjadikan Port Dickson sebagai hab keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serantau untuk sektor pelancongan.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.
Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.
Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Pertumbuhan APEC 2023 dijangka pada 3.3 peratus, kesan pandemik terus suramkan unjuran
Pertumbuhan ekonomi di rantau APEC menunjukkan tanda-tanda bertambah baik, dengan unjuran pertumbuhan 3.3 peratus pada tahun ini.
Kajian baharu kaitkan trauma kanak-kanak dengan kematian akibat COVID-19
Individu yang hidup susah semasa kanak-kanak, seperti didera atau diabaikan cenderung untuk dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia akibat COVID-19 ketika dewasa.
Dunia masih belum bersedia untuk pandemik seterusnya - Badan pemantau
Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) memberi amaran keupayaan dunia untuk menangani ancaman pandemik baharu masih tidak mencukupi.
'Ketika itu PKP, ramai orang susah' - Naqiu infaq separuh duit kemenangan juara GV6
Hal itu kerana kata Naqiu selepas kemenangannya, negara berdepan detik pilu akibat pandemik COVID-19.
Pastikan staf kesihatan bersedia, polisi diubah untuk hadapi wabak X - Pakar
Katanya, pandemik COVID-19 memberi pengajaran besar kepada Malaysia dan tidak seharusnya masalah sama berulang.
Stok bekalan beras negara mampu tampung hingga empat, lima bulan - Mohamad Sabu
Stok bekalan beras di Malaysia kini adalah sebanyak 900,000 tan metrik dengan 250,000 tan metrik ialah simpanan stok kerajaan dan 650,000 tan metrik stok dagangan.