KOTA BELUD: Bermula dengan menjual hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di tepi jalan, Usal Jon, 53, kini berasa seronok dan teruja apabila berpeluang memiliki lot gerai baharu yang lebih bersih dan selesa di Bazar Rakyat Kota Belud di sini.
Peniaga dari Kampung Tempasuk I di sini itu berkata, bazar rakyat berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung, sekali gus membantu golongan peniaga seperti beliau mengembangkan perniagaan serta meningkatkan hasil jualan.
Justeru, beliau berterima kasih kepada kerajaan serta pemimpin setempat kerana berjaya membangunkan bazar rakyat itu dengan prasarana terbaik.
"Saya gembira dapat berniaga di sini kerana ada tempat letak kereta yang memberi kemudahan kepada peniaga dan pengunjung. Sebelum ini saya berniaga di tepi jalan dan membuat permohonan berniaga di bazar ini yang akhirnya diterima.
"Saya berharap pihak berkaitan dapat mempromosikan bazar rakyat ini bagi menarik lebih ramai pengunjung membeli-belah di sini seterusnya menyokong perniagaan usahawan tempatan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Bazar Rakyat Kota Belud yang dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini, mula dibina pada 6 Jan 2016 dan diserahkan kepada Majlis Daerah Kota Belud pada Februari lepas bagi menggantikan pasar yang tidak dapat lagi menampung keperluan peniaga dan penduduk.
Pada asalnya ia adalah tapak pasar tani dan deretan kedai lama, yang kemudian dibina sebuah bazar dengan kos RM24 juta bagi menyediakan premis perniagaan lebih teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung selain memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk setempat.
Bazar yang merangkumi blok bangunan tiga tingkat itu dilengkapi 148 unit gerai basah; 78 unit gerai kraf tangan dan tekstil; 26 unit gerai medan selera dan 60 unit parkir memudahkan penduduk setempat mendapatkan barang keperluan selain membuka peluang perniagaan baharu.
Seorang lagi peniaga Dosilih Tompuling, 48, dari Kampung Melangkap Kapa berkata infrastruktur bazar rakyat itu lebih baik berbanding pasar tani sebelum ini kerana peniaga dapat berniaga sepanjang masa dan terlindung daripada panas atau hujan.
"Bazar Rakyat ini sangat selesa, panas atau hujan kami masih boleh terus berniaga. Saya berharap bazar ini dijadikan sebagai pusat sehenti (dengan menawarkan pelbagai barangan) untuk kemudahan peniaga dan pembeli," katanya yang menjual hasil pertanian sejak 2005.
Sementara itu, Reezal Merican berkata Bazar Rakyat Kota Belud turut mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan QRPay Duitnow bagi peniaga berdaftar.
Katanya pembayaran secara tanpa tunai itu diharap dapat menyumbang ke arah transaksi lebih tinggi serta memudahkan rakyat menjalankan perniagaan menggunakan teknologi semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Acara perasmian Bazar Rakyat Kota Belud hari ini. - Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bazar Rakyat Kota Belud beri keselesaan, pacu ekonomi tempatan
Bazar rakyat berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.