IPOH: Lain daripada kebiasaan, Perak julung-julung kalinya menganjurkan bazar Ramadan di pekarangan tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK), di sini bermula hari ini.
Bazar itu dinamakan sebagai Bazar Niaga Ramadan @ Bangunan Perak Darul Ridzuan yang akan beroperasi pada 6 hingga 29 April bermula 4 petang hingga 8 malam setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penganjuran bazar itu merupakan inisiatif daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Perak (STeP).
"Kita menyediakan khemah (bazar), kita menjemput dengan tujuan untuk memberi peluang kepada penjawat awam yang bertugas di sini supaya mereka ada kemudahan untuk membeli juadah berbuka.
"Jadi tak perlu mereka tergopoh-gapah nak keluar kejar pergi bazar Ramadan dan sebagainya.
"Bazar Ramadan di sini juga dibuka kepada orang ramai dan pengunjung boleh masuk melalui pintu pagar utama dan di bahagian belakang SUK," katanya lagi.
Ujarnya, kerajaan negeri mengambil inisiatif tersebut bagi memberi peluang kepada lebih ramai peniaga menjalankan perniagaan di bulan Ramadan.
Katanya lagi, seramai 32 orang usahawan makanan tempatan akan membuka gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman untuk berbuka puasa.
"Ia dilakukan setelah mengambil berat akan isu-isu berbangkit berikutan kekangan jumlah had peniaga yang dibenarkan beroperasi di atas tapak sedia ada susulan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya lagi.
Saarani berkata, penganjuran ini juga mendapat kerjasama daripada Maybank dan LokeinSTORE.
Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memantapkan pendigitalan usahawan negeri Perak serta pelaksanaan pembayaran tanpa tunai (cashless).
"Pihak Maybank telah menyediakan platform pembayaran QR dan kemudahan pembukaan akaun perniagaan kepada peniaga terlibat dengan deposit serendah RM100.
"Selain itu, pihak LokeinSTORE turut menyediakan teknologi sistem e-Commerce (O2O) Lokein yang dilengkapi dengan sistem pembayaran QR, Online Marketing Tools dan pelbagai lagi kemudahan berkaitan database pelanggan," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada agensi yang berkaitan dalam menjayakan penganjuran bazar, seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Kerja Raya, Lembaga Air Perak, FAMA dan Perbadanan Menteri Besar Perak.
Aida Aziz
Wed Apr 06 2022

Perak julung-julung kalinya menganjurkan bazar Ramadan di pekarangan tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK), di sini bermula hari ini. - Foto Astro AWANI
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Bazar Niaga Ramadan di SUK Perak pupuk budaya keusahawanan - Saarani
Dinamakan sebagai Bazar Niaga Ramadan @ Bangunan Perak Darul Ridzuan yang akan beroperasi pada 6 hingga 29 April bermula 4 petang hingga 8 malam setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad.