Umurnya baru mencecah empat bulan, namun di usia semuda itu dia terpaksa menanggung penderitaan tujuh jenis penyakit.
Kedengaran pelik tapi ia benar-benar terjadi.
Demikian penderitaan yang dilalui Dhia Aishah Mohamad Faizal yang dikesan menghidap penyakit kronik membabitkan saraf, buah pinggang, usus, pundi kencing, lahir tanpa lubang dubur selain kecacatan pada kedua-dua belah kaki sejak dilahirkan pada Oktober tahun lepas di Kuala Kangkong, dekat sini.
Dhia Aisyah yang kini hanya seberat 2.8 kilogram memerlukan pemerhatian khusus serta jagaan rapi daripada kedua ibu bapa kerana tubuhnya mudah dijangkiti kuman ekoran penyakit yang dihidapi.
Menurut ibunya, Fazuana Hoda, 33, beliau yang dahulunya bekerja sebagai kerani di sebuah kedai perabot terpaksa berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh masa menguruskan anak sulungnya itu.
“Jaga dia macam budak lain juga, tapi perlu lebih rapi kerana barang dia yang terdedah mudah dijangkiti kuman,” kata Fazuana.
Menurut Fazuana, anaknya hanya mandi menggunakan air bertapis selain perlu elak daripada terdedah ketika berada di tempat awam.
“Dia tak boleh berada dalam keadaan panas… nak pegang pun kena guna sanitizer (pembasmi kuman),” kata Fazuana lagi.
Hati ibu mana yang tidak hiba tatkala melihat Dhia Aishah menangis kesakitan dan mahukan belaian serta keselesaan.
Bagi bapanya, Mohamad Faizal Ahmad, 37, yang mengambil upah melakukan pendawaian elektrik, seringkali dia terpaksa menangguhkan tugasnya demi membawa Dhia Aisyah untuk rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Kos perbelanjaan perubatan sahaja mencecah RM1,000 sebulan dan beliau berharap ada pihak yang sudi tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mereka sekeluarga.
“Harapan kami cuma nak Dhia sihat macam budak-budak lain. Walaupun keadaan dia macam tu, kami nak dia sihat saja. Yang lain itu, tak kisahlah, mungkin sudah anugerah Allah. Kami terima dengan redha,” kata Mohamad Faizal.
Dilahirkan tanpa lubang dubur, Dhia Aisyah pernah menjalani pembedahan menebuk perut bagi membolehkan beg untuk buang air besar dipasang.
Sehingga kini, mereka mengharapkan keajaiban berlaku kepada satu-satunya anak yang mereka kasihi ini selain berdoa agar Dhia Aisyah sembuh.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah berbuat demikian ke akaun Maybank milik Fazuana Hoda di nombor akaun 552022619707.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Mar 16 2016

Dhia Aisyah yang kini hanya seberat 2.8 kilogram memerlukan pemerhatian khusus serta jagaan rapi daripada kedua ibu bapa kerana tubuhnya mudah dijangkiti kuman ekoran penyakit yang dihidapi. -Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bayi usia empat bulan hidap tujuh penyakit
Dhia Aisyah yang kini hanya seberat 2.8 kilogram memerlukan pemerhatian khusus serta jagaan rapi daripada kedua ibu bapa kerana tubuhnya mudah dijangkiti kuman ekoran penyakit yang dihidapi.