Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan suami kepada pengasuhnya sendiri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi dekat sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa meninggal dunia pada 10.30 pagi semalam, selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.
"Berdasarkan kenyataan ibu mangsa, semasa dihantar ke rumah pengasuh pada waktu pagi, mangsa dalam keadaan baik. Namun, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas pada sebelah petang dan dikejarkan ke Klinik Bandar Baru Bangi, sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.
"Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa, dan dubur mangsa juga mengalami koyakan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Ahmad Dzaffir berkata hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan 'impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala', dengan tempurung kepala bayi pecah.
"Selain itu, terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan mangsa," katanya.
Beliau berkata ibu bapa mangsa yang menetap di kawasan perumahan sama dengan pengasuhnya itu menghantar bayi mereka ke rumah berkenaan sejak September lepas.
Sehubungan itu, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya menahan pengasuh serta suaminya yang bekerja sebagai penggunting rambut.
"Kita menahan pengasuh berusia 28 tahun bersama suaminya, 36 tahun, semalam. Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methaphetamine," katanya.
Beliau berkata lelaki itu ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan 'impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala', dengan tempurung kepala bayi pecah. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Keluarga bayi mati di pusat jagaan cadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian
Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia di Kota Bharu bercadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian.
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh
"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami."
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
Ibu didakwa abai, anak dua tahun maut dalam kereta
Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang dirawat kerana disyaki tersedak susu dalam kejadian pada Selasa, disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok
Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.
Kanak-kanak 2 tahun maut, dipercayai tertinggal lebih 7 jam dalam kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, pada Rabu.
Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek, pada petang Selasa lepas, untuk dijaga.