“MACAM nak luruh jantung” itulah saat yang mendebarkan buat ibu mangsa apabila mengetahui anak tunggalnya dibawa lari oleh cucu pengasuh sendiri pada Selasa lalu.
Menurut perkongsian Malaysia Gazette, Farisha Amirah dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada pukul 5.30 petang sebaik pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang juga warga emas memaklumkan cucu perempuannya sendiri yang melarikan anaknya.
Ketika itu wanita tersebut sedang solat.
“Memang macam nak luruh jantung bila saya dengar jiran saya (pengasuh) memaklumkan perkara sedemikian. Susulan itu, saya menelefon keluarga termasuk yang di kampung bagi memaklumkan kejadian sebelum suami saya pergi membuat laporan polis.
"Sampai pukul 9 malam kami (saya dan suami) masih berurusan dengan pihak polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat.
“Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan. Susulan itu, saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,”
Menurut Farisha Amirah, sejam kemudian, dia dan suami menerima panggilan daripada polis memaklumkan mereka telah berjaya mengesan suspek namun bayi yang dilarikan tiada bersama.
Katanya, meskipun diberitahu anak mereka belum lagi ditemui namun naluri tetap mengatakan bayi itu akan diselamatkan dan pulang ke pangkuannya
"Syukur sangat selepas 10 minit kami dapat panggilan mengatakan anak saya ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.
“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital.
Selalunya dengar cerita sahaja anak diculik tapi tak sangka kami sendiri lalui kejadian ngeri itu.
“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur,” jelasnya yang berasal dari Changlun, Kedah.
Tambahnya, sehingga kini, dia masih trauma atas kejadian tersebut selain mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa.
“Saya sudah serik nak bagi orang lain jaga anak dan kami sekeluarga harap mereka yang terlibat dikenakan hukuman setimpal agar kejadian yang sama tidak berulang kepada ibu bapa lain,” katanya.
Terdahulu, lima individu termasuk seorang remaja bawah umur yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan direman di Mahkamah Bukit Mertajam di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik
Pa and Ma
Fri Aug 26 2022

Farisha Amirah dikejutkan dengan berita kehilangan anak perempuannya pada pukul 5.30 petang sebaik pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan mengambil anaknya dari rumah pengasuh. - Sumber foto IG Farisha Amirah
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

'Bayi saya dilarikan mungkin untuk dijual' - Cucu pengasuh didakwa mahu jual bayi pada sindiket
'Macam nak luruh jantung.' Itulah saat yang mendebarkan buat ibu mangsa apabila mengetahui anak tunggalnya dibawa lari oleh cucu pengasuh sendiri pada Selasa lalu.