BACHOK:Mayat bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Melaka, selamat dikebumikan di kampung halaman ibunya di Kampung Alor Bakat di sini, hari ini.
Jenazah Yusof Al-Baihaqi Zainal Abidin tiba di rumah kira-kira pukul 8.30 pagi dari Melaka dan dikebumikan pada pukul 9 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat.
Bapa bayi berkenaan, Zainal Abidin Deraman, 34, ketika ditemui pemberita berkata beliau dan isteri reda dengan kejadian itu walaupun agak terkilan.
Katanya isterinya masih trauma dengan kejadian yang menimpa bayi mereka kerana sudah tujuh tahun menunggu untuk mendapat anak kedua.
"Jarak umur antara Yusuf dengan kakaknya, Amni Batrisya, 8, agak jauh. Tidak sangka dalam tempoh singkat ini dia pergi meninggalkan kami semua.
"Namun begitu, saya reda dengan kejadian ini. Bedah siasat awal sudah mengesahkan anak saya mati akibat tersedak susu dan ada jangkitan di paru-paru," katanya.
Zainal Abidin yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah berkata bayinya itu ditempatkan di Taman Asuhan Kanak-kanak itu bersama kakaknya sejak seminggu yang lalu.
Katanya anak sulungnya turut ditempatkan di pusat asuhan itu selepas pulang dari sekolah sebagai transit sebelum diambil semula pada sebelah petang.
"Pemilik pusat asuhan itu sudah berjumpa dengan saya dan menjelaskan keadaan yang berlaku," katanya yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih.
Kejadian itu hanya disedari guru pusat asuhan itu pukul 11.45 pagi semalam selepas mendapati muka bayi berkenaan bertukar kebiruan.
Bayi berkenaan dihantar ke pusat asuhan berkenaan sejak Isnin lalu selepas ibunya Roslina Ismail, 34, kembali bertugas sebagai guru selepas habis berpantang.
Terdahulu, bayi itu dijaga selama dua minggu oleh neneknya dan pada minggu lalu, barulah dihantar ke pusat asuhan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 24 2018
Zainal Abidin menyiram air di pusara anaknya Yusof Al-Baihaqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat Melor hari ini. --fotoBERNAMA
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Bayi maut tersedak susu selamat dikebumi
Jenazah Yusof Al-Baihaqi Zainal Abidin tiba di rumah kira-kira pukul 8.30 pagi dari Melaka dan dikebumikan pada pukul 9 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat.