Seorang bayi perempuan yang masih bernyawa ditemui di dalam longkang oleh penduduk tempatan di Jalan Kebun, Kampung Solok, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata, kehadiran bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan itu disedari orang awam yang melalui jalan berkenaan dan terdengar suara tangisan.
“Pada lebih kurang jam 6.18 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak terima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan berjumpa bayi di Jalan Kebun, Kampung Solok Tangkak.
“Menurut lelaki tersebut, semasa berada di rumah dengan jarak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian, dia dimaklumkan oleh anaknya yang baru pulang dari kelas dan terdengar ada bunyi bayi menangis di dalam longkang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, penduduk berkenaan menemukan bayi yang masih bernafas dengan berat 2.6 kilogram itu di dalam plastik bewarna oren sebelum bertindak mengangkatnya dan membalut dengan sehelai kain.
“Selepas kejadian itu, saksi berkenaan terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
"Pegawai perubatan yang hadir telah mengesahkan bayi tersebut sihat dan berada dalam keadaan baik.
“Identiti bayi itu masih disiasat," katanya.
Tambahnya, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Tangkak untuk pemerhatian sepenuhnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-522 0525 atau 06-978 1222.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Sep 08 2020

Bayi tersebut disahkan sihat dan dalam keadaan baik. - Foto ihsan pembaca
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Bayi ditemui di celah pelepah pokok kelapa sawit
Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh penduduk kampung.

Bayi perempuan diletak dalam beg ditinggalkan di tepi jalan
Bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah beg dengan hanya beralaskan kain batik, kira-kira 2 petang.

Bayi masih bernyawa ditemui dalam longkang di Tangkak
Bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan itu disedari oleh orang awam yang kebetulan terdengar suara tangisan ketika melalui jalan berkenaan.

15 bayi Tahun Baharu 2020 lahir di HKL
Seramai 15 bayi dilahirkan pada malam Tahun Baharu 2020 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kelahiran pertama dicatat pada pukul 12.06 pagi.

Peminat berbalah Nora Danish keluar rumah bersama bayi dan suami
Peminat dan pengikut di Instagram (IG) berbalah selepas pelakon Nora Danish memuat naik fotonya keluar bersama bayi dan suaminya.