Seorang bayi lelaki ditemui seorang jemaah masjid di tangga pintu masuk Masjid Kampung Alai di sini, dalam keadaan berselimut di dalam sebuah bakul pada awal pagi Ahad.
Nor Azizan Md Nordin, 50, berkata bayi lelaki berkenaan ditemui pada 4.30 pagi ketika beliau berada di dalam masjid tersebut untuk melakukan solat sunat dan qiamullail seorang diri.
"Ketika sedang bersolat, saya ada dengar seperti seseorang menolak pintu pagar depan masjid namun tiada orang masuk sebelum mendengar suara bayi menangis selepas selesai memberi salam.
"Pada mulanya saya sangka hanya ilusi kerana sunyi pada waktu itu tetapi selepas menuju ke tangga masjid saya terperanjat menemui bayi itu dalam keadaan menangis," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau menepuk bayi untuk meredakan tangisan sebelum bayi tersebut berhenti menangis dan tertidur 15 minit kemudian.
"Pada masa itu saya terus menghidupkan enjin motosikal ke Balai Polis Kandang untuk meminta bantuan serta membuat laporan mengenai penemuan bayi itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Kamaluddin Kassim berkata ketika dihubungi berkata polis sedang melakukan siasatan terperinci termasuk mengesan ibu bapa bayi tersebut.
"Hanya satu daripada 16 kamera litar tertutup (CCTV) yang berfungsi dan tiada rakaman individu terlibat kerana suspek dipercayai memasuki masjid tersebut di bahagian CCTV yang tidak berfungsi," katanya.
Beliau berkata bayi berkenaan yang kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dipercayai sengaja ditinggalkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil membantu atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Afna Ibrahim di talian 06-2854222.
Bernama
Mon Jul 13 2015
Polis sedang melakukan siasatan terperinci termasuk mengesan ibu bapa bayi tersebut.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin cari waris bayi perempuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen di Tapak Projek PR1MA Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin pada 1 Nov lepas.
Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.
Bayi lelaki ditinggalkan berhampiran Pantai Paka
Pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.
Buang bayi baru lahir di Taiping, lelaki warga Nepal ditahan
Polis Taiping terima laporan dari Bahagian Kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak.
Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah
Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bayi baru lahir ditemukan di surau
Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.