GEORGE TOWN:Seorang bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan ditemui diatas peti surat di flat blok 47 Tingkat, Paya Terubong 4,Pulau Pinang pada Ahad.
Bayi seberat 3.2kg itu dibalut dengan tuala putih dan disumbat di dalam beg galas.
Bagaimanapun, bayi tersebut berjaya diselamatkan seorang penduduk kira kira jam 12.40 tengahari.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata, pihak polis menerima panggilan daripada lelaki yang baru pulang dari kerja yang memberitahu tentang penemuan bayi itu.
"Pemeriksaan mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun tali pusat bayi malang itu telah dipotong.
"Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut. Tiada dokumen lain dijumpai dalam beg tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan pihak yang membuang bayi itu dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar menyalurkannya kepada pihak polis.
"Setakat ini tiada saksi melihat kejadian itu dan kawasan perumahan tersebut juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu yang melahirkan bayi berkenaan dan pihak yang membuang mangsa di situ," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Nov 01 2020
Bayi seberat 3.2kg itu dibalut dengan tuala putih dan disumbat di dalam beg galas. - Foto PDRM
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bayi perempuan ditinggalkan di kedai makan
Seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil.
Bayi masih mempunyai uri ditemui di bawah kolong rumah
Bayi berkenaan dijumpai lebih kurang jam 7.30 petang oleh penduduk kampung.
Bayi baru dilahirkan ditemui dalam beg atas peti surat
Bayi seberat 3.2kg itu dibalut dengan tuala putih disumbat didalam beg galas bagaimanapun diselamatkan seorang penduduk.
Bayi lelaki baru lahir ditemui dalam kotak di Kuala Kangsar
Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat ditemukan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah gerai makanan berhadapan Maybank Kuala Kangsar di sini, pagi ini.
Bayi perempuan berbalut tuala ditemui di kebun kelapa sawit di Sri Gading
Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan tuala, ditemui masih hidup di sebuah kebun kelapa sawit di Sri Gading, Batu Pahat petang semalam.
Bayi perempuan ditemui atas longgokan kayu
Bayi yang masih bertali pusat dengan dibalut kain bewarna biru gelap itu ditemui oleh pemilik kilang berkenaan di atas longgokan kayu.
Ibu buang bayi celah kubur di Filipina
Dalam kejadian 28 Mei lalu, seorang bayi lelaki berusia dua bulan ditinggalkan ibunya di celah-celah kubur di kawasan Qeuzon.