KOTA BHARU: Seorang bayi berusia setahun, Muhammad Azril Azhar yang sebelum ini menderita penyakit sindrom Pfeiffer meninggal dunia pada Jumaat.
Muhammad Azril, anak kepada pasangan Azhar Che Amat, 52, dan Maznah Omar, 40, itu menghembuskan nafas terakhirnya semasa berada di rumah di Kampung Melor, di sini pada jam 9.30 pagi.
Maznah berkata, sebelum itu anak bongsu daripada tiga beradik itu dilihat berada dalam keadaan lemah sekitar jam 5 pagi sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.
"Dua hari lalu saya ada membawa Muhammad Azril ke hospital untuk menjalani pemeriksan dan doktor memberitahu dia berada dalam keadaan sihat," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, ketika ini jenazah Muhammad Azril berada di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan lanjut.
Maznah menjangkakan Muhammad Azril akan dikebumikan selepas solat Asar.
Sinar Harian 12 Julai lalu melaporkan, pasangan suami isteri dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor di sini sudah setahun lebih tidak dapat tidur nyenyak setiap kali memikirkan keadaan anak bongsu yang menghidap sindrom Pfeiffer.
Penyakit itu menyebabkan Muhammad Azril yang berusia setahun mengalami kepala yang besar serta perubahan pada bentuk wajahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 03 2023
Gambar fail menunjukkan Azhar dan Maznah memangku Muhammad Azril yang menghidap sindrom Pfeiffer. - Gambar/ Sinar Harian
"Anak-anak yang hadir, hari ini adalah hari anda" - Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri memberikan ucapan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan 2024. Tema "Dengarlah Suara Kami" adalah selari dengan tema diperingkat antarabangsa iaitu "Listen to the future". Beliau juga memberi penekanan bahawa pandangan dan harapan kanak-kanak wajar diambil kira dalam perancangan dasar, pendidikan dan pembangunan negara.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis buru lelaki curi jam tangan Rolex di Subang Jaya
Jam Rolex Datejust 36 Oyster-Steel and Yellow Gold jam dicuri individu yang menyamar sebagai pelanggan semasa kedai berkenaan sedang dibuka.
myBarber tampil merevolusikan perkhidmatan penjagaan rambut, lebih fleksibiliti kepada pelanggan
Dengan hanya beberapa klik, pelanggan boleh menempah temu janji untuk potongan rambut atau perkhidmatan grooming lain.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
Tawar khidmat seks RM60 di Jalan Pudu, lapan ditahan polis
Kebanyakan pelanggan warga tempatan dan warganegara asing dengan purata langganan seorang pelacur lima hingga 10 orang.
Polis buru lelaki curi jam tangan berjenama di Subang Jaya
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kecurian jam tangan jenama Rolex di sebuah kedai barangan berjenama di Subang Jaya Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan, kejadian berlaku sekitar jam 10:40 pagi pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan, kejadian berlaku sekitar jam 10:40 pagi pada Sabtu.
Fandi hampa kesilapan minit akhir punca Sri Pahang FC catat seri
Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC.
Bencana banjir: Mangsa meningkat kepada 519 di enam negeri
Mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 809 orang daripada 205 keluarga di enam negeri setakat jam 11 pagi, pada Sabtu.
Kim Swee yakin mentaliti positif pacu kejayaan Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee berharap Sabah FC mengekalkan momentum terbaik mereka setelah beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih pasukan itu hujung bulan ini.
Bayi 12 bulan derita sindrom kepala besar meninggal dunia
Seorang bayi berusia setahun, Muhammad Azril Azhar yang sebelum ini menderita penyakit sindrom Pfeiffer meninggal dunia pada Jumaat.