Bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai Khamis (2 April).
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu berkata langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.
MOF berkata, semakan dan kemas kini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my/ mulai Khamis.
"Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19," katanya.
Menurut kementerian itu, bayaran tersebut dibuat atas keprihatinan kerajaan akan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan.
Katanya sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020
![Bayaran 'one-off' RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong bermula Khamis (2 Apr) Bayaran 'one-off' RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong bermula Khamis (2 Apr)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584519415_PemanduTeksi.jpg)
Bayaran tersebut dibuat atas keprihatinan kerajaan akan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kini boleh guna ChatGPT tanpa akaun berdaftar Kini boleh guna ChatGPT tanpa akaun berdaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683555136_ChatGPTlogoAIArt.jpg)
Kini boleh guna ChatGPT tanpa akaun berdaftar
OpenAI membuka akses ChatGPT kepada semua, sekali gus membolehkan orang ramai menggunakannya tanpa perlukan sebarang akaun.
![Bayaran 'one-off' RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong bermula Khamis (2 Apr) Bayaran 'one-off' RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong bermula Khamis (2 Apr)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584519415_PemanduTeksi.jpg)
Bayaran 'one-off' RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong bermula Khamis (2 Apr)
Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah bagi memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar rumah semasa tempoh PKP.