Tindakan tidak bermoral seorang wanita yang sering membawa teman lelaki balik rumah terbongkar selepas rumah sewanya di Kijal, Kemaman diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), pada Khamis lalu.
Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam memaklumkan wanita berusia 37 tahun itu didapati sering membawa lelaki tidak dikenali masuk ke rumah sewanya tidak kira siang mahupun malam.
Bagaimanapun, menurut sumber, semasa serbuan, didapati wanita itu bersama bekas suaminya, 34 tahun, dan tiga kanak-kanak yang dipercayai anak mereka.
"Soal siasat mendapati wanita itu sebenarnya sudah bercerai dengan bekas suaminya sejak lima tahun lalu.
"Selepas dipaksa, wanita itu turut mengaku dalam masa sama sering membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah itu.
"Bagaimanapun, wanita tersebut merayu agar tidak diberitahu kepada bekas suaminya kerana memberi alasan hendak membina hidup baru bersama lelaki itu," katanya.
Sumber berkata, namun, semasa keterangan kedua-duanya diambil, wanita itu mengaku tidak mahu berkahwin dengan bekas suaminya lagi.
"Wanita itu menjelaskan yang hubungan mereka tidak direstui keluarga bekas suaminya yang kini bekerja di Kedah, dan akan datang ke rumah itu sekali sekala sahaja.
"Kata wanita itu lagi, secara kebetulan semasa serbuan ini, bekas suaminya datang melawat dia dan anak-anak," katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu.
Jelasnya, kedua-duanya akan didakwa kerana kesalahan berkhalwat.
Sinar Harian
Tue Mar 13 2018
![Bawa balik teman lelaki, tapi kantoi bersama bekas suami Bawa balik teman lelaki, tapi kantoi bersama bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520923042_Serbu.jpg)
Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam memaklumkan wanita berusia 37 tahun itu didapati sering membawa lelaki tidak dikenali masuk ke rumah sewanya tidak kira siang mahupun malam. - Foto Sinar Harian
![Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597409479_Obese.jpg)
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Pevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.
Menilai prestasi 1H, mengejar kejayaan 2H
Separuh pertama 2024 menyaksikan peningkatan dalam sektor teknologi dan eksport, serta usaha pengurangan hutang negara. Cabaran menanti di separuh kedua, termasuk pemulihan ekonomi pasca-pandemik, kestabilan politik, pengurusan inflasi, dan pembangunan infrastruktur. Dengan strategi yang tepat, Malaysia berpotensi mencapai kejayaan lebih besar. Perbincangan bersama Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid.
Jiwa SME: 'Made in Perlis' sasar jualan RM1 juta menjelang 2025
Walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam memajukan industri kulit di negara ini, ia tidak menjadi penghalang kepada Abdul Abbas Abduk Karim He untuk mengukuhkan jenama Made in Perlis melalui produk Vaska Leather Craf.
![Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721265751_TBemel.jpg)
Lesap lebih RM3,000 digodam pembeli di laman web jual beli tempatan
Kejadian itu berlaku sangat pantas setelah dia menekan satu pautan menerusi e-mel yang kononnya dihantar oleh laman sesawang tersebut.
![KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717136952_FadhlinaSidek.jpg)
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Reformasi ekonomi: Iltizam politik, trend nyata jadi pengukur - Penganalisis
Iltizam politik dalam melakukan reformasi ekonomi dengan melaksanakan beberapa dasar penting dilihat menjadi faktor penting kepada peningkatan penarafan kepada Malaysia oleh JP Morgan baru-baru ini.
Reformasi ekonomi: Mampu bawa pelaburan berkualiti ke Malaysia - Standard Chartered
Reformasi struktur ke atas ekonomi negara yang merangkumi rasionalisasi subsidi serta usaha kerajaan memperoleh pertumbuhan mampan menerusi beberapa polisi yang diumumkan sebelum ini diunjurkan mampu membawa pelaburan berkualiti kepada Malaysia.
Peranan industri dalam TVET, masa depan tenaga kerja
Pengangguran belia di Malaysia terus menjadi kebimbangan utama, disebabkan oleh tahap kemahiran yang tidak mencukupi dan kekurangan pengalaman kerja. Selain daripada reformasi pendidikan, industri juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kebolehpasaran golongan muda dalam pasaran kerja. Bagaimanakah industri boleh memastikan TVET menyediakan kemahiran praktikal yang dituntut oleh majikan serta menyediakan peluang latihan yang berharga untuk golongan muda?
![Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721267383_tbTerrarium.jpg)
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
AWANI Pagi: NGO perkasa usaha baik pulih hospital Al-Shifa di Gaza
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Mohd Shah Sapiei Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iltizam Relief Society membincangkan mengenai usaha dan iltizam berterusan badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pelaksanaan projek bantuan kemanusiaan khususnya pemulihan di Gaza, Palestin.
![Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710625527_TBAyahPin.jpg)
Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.
![9 lelaki leka bersembang, tidak solat Jumaat ditahan 9 lelaki leka bersembang, tidak solat Jumaat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709981750_lelakilekatidak.jpg)
9 lelaki leka bersembang, tidak solat Jumaat ditahan
Sembilan lelaki termasuk lima pelajar sekolah ditahan berdekatan sebuah masjid di sini selepas disyaki tidak menunaikan solat Jumaat.
![JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676173455_TBJHEAT.jpg)
JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih
JHEAT laksana kempen cegah maksiat sempena hari kekasih
![Perbuatan jelik: JHEAT mohon orang ramai salur maklumat Perbuatan jelik: JHEAT mohon orang ramai salur maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657320486_TBviral.jpg)
Perbuatan jelik: JHEAT mohon orang ramai salur maklumat
Sebarang maklumat boleh disalurkan mengikut platform sedia ada bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.
![Video penyanyi seksi tular, JHEAT lakukan siasatan Video penyanyi seksi tular, JHEAT lakukan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41648981733_TBDANGDUTSOP.jpg)
Video penyanyi seksi tular, JHEAT lakukan siasatan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah berkata siasatan itu akan dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
![Tidak berlaku isu perebutan jenazah di HSNZ Tidak berlaku isu perebutan jenazah di HSNZ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633130155_TBREBUTJENAZAH.jpg)
Tidak berlaku isu perebutan jenazah di HSNZ
Penutupan sementara aktiviti pengurusan jenazah melibatkan kes kematian biasa HSNZ bermula Jumaat hanya bersifat sementara disebabkan beberapa faktor melibatkan pengurusan.
![JHEAT, pejabat agama ditutup susulan menteri agama positif COVID-19 JHEAT, pejabat agama ditutup susulan menteri agama positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601957799_JHEAT.jpg)
JHEAT, pejabat agama ditutup susulan menteri agama positif COVID-19
Langkah tersebut diambil selepas beberapa pegawainya terlibat dalam program bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
![Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/81573640603_TBBAPAYAM.jpg)
Bapa ayam sanggup lacur isteri sendiri, 'jual' khidmat di WeChat
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melacurkan serta menjadi bapa ayam kepada isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, di sini pada Rabu.
![Terengganu belum putuskan status amalan zikir berdiri Terengganu belum putuskan status amalan zikir berdiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564046137_TBAJARANSESATjpg.jpg)
Terengganu belum putuskan status amalan zikir berdiri
Mat Azmi Arshad berkata, keputusan sama ada amalan itu sah atau menyimpang daripada ajaran agama Islam akan diputuskan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Terengganu.
![Sekali lagi kena cekup berkhalwat Sekali lagi kena cekup berkhalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526906806_Khalwat.jpg)
Sekali lagi kena cekup berkhalwat
Lelaki itu yang berusia 30 tahun dan pasangannya seorang janda berusia 32 tahun, ditahan pasukan penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah rumah.