Atlet negara yang melakukan aktiviti di kawasan luar kecuali sukan akuatik, dinasihatkan membatalkannya jika suhu melebihi 36 darjah celsius bagi meminimumkan risiko strok haba.
Institut Sukan Negara (ISN) dalam kenyataan pada Jumaat menyarankan atlet terlibat supaya melakukan aktiviti sukan di tempat redup atau dalam dewan.
Atlet negara juga disarankan merendahkan intensiti aktiviti sukan selain mengehadkan tempoh bersukan kurang daripada satu jam bagi setiap sesi sekiranya suhu berada antara 31 dan 35 darjah celsius.
"ISN juga turut mengesyorkan kepada persatuan sukan kebangsaan atau penganjur kejohanan, jika boleh untuk menunda sebarang aktiviti fizikal luar bagi memastikan tahap kesihatan atlet dan penonton terjamin andai fenomena El Nino berterusan," tambah kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan turut memaklumkan ISN akan memantau selain memberi kenyataan nasihat dari semasa ke semasa mengenai situasi dan fenomena yang sedang melanda negara ketika ini.
Jabatan Meteorologi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa negara akan berhadapan dengan cuaca panas dan kering sehingga suku pertama tahun ini yang akan dirasai di seluruh negara.
Fenomena El Nino adalah disebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 dan 60 peratus serta penambahan suhu sekitar 0.5 hingga dua darjah celsius berbanding suhu biasa.
Bernama
Sat Mar 19 2016

Fenomena El Nino adalah disebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 dan 60 peratus serta penambahan suhu sekitar 0.5 hingga dua darjah celsius berbanding suhu biasa. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Batalkan aktiviti luar jika suhu melebihi 36 darjah Celcius - ISN
Atlet negara yang melakukan aktiviti di kawasan luar kecuali sukan akuatik, dinasihatkan membatalkannya jika suhu melebihi 36 darjah celsius bagi meminimumkan risiko strok haba.