Aktivis Hishamuddin Rais dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang ditahan di Balai Polis Dang Wangi berikutan perhimpunan Hari Pekerja membantah cukai barang dan perkhidmatan (#BatalGST) dibebaskan dengan jaminan polis.
Peguam yang mewakili mereka, Sivamalar Genapathy ketika dihubungi Astro AWANI telah mengesahkan perkara tersebut.
“Benar, Hishamuddin dan Rafizi telah dibebaskan dengan jaminan polis sekitar jam 1:30 pagi tadi,” katanya.
Hishamuddin dan Rafizi telah ditahan polis pada jam 2.30 petang Sabtu dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan mengadakan perhimpunan haram.
BACA: #BatalGST: Ambiga dan tiga pemimpin Pakatan yang ditahan polis dibebaskan
BACA: Ribuan sertai perarakan #BatalGST 1 Mei
BACA: Tian Chua ditahan di Permatang Pauh
Pada Jumaat, dianggarkan lebih 10,000 peserta berhimpun sempena Hari Pekerja di hadapan bangunan KLCC bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST.
Perhimpunan yang dinamakan perhimpunan #BatalGST itu dianjurkan kumpulan dari NGO Jawatankuasa Mei 1 dan bermula di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur termasuk Pasar Seni, Masjid Jamek, Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Negara sekitar jam 2.30 petang sebelum berarak menuju dan berhimpun di KLCC.
Azyyati Ahmad
Sun May 03 2015
Hishamuddin dan Rafizi telah ditahan polis pada jam 2.30 petang Sabtu dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan mengadakan perhimpunan haram. - Foto Fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
#BatalGST: Hishamuddin Rais, Rafizi dibebaskan dengan jaminan polis
Hishamuddin Rais dan Rafizi Ramli yang ditahan di Balai Polis Dang Wangi pada petang Sabtu telah dibebaskan awal pagi tadi.
#BatalGST: Polis buru golongan anarkis cetuskan huru hara - Zahid
Tindakan tegas akan diambil terhadap golongan anarkis yang bertindak agresif di himpunan bantah GST di Kuala Lumpur semalam.
#BatalGST: Aktivis Hishamuddin Rais dan Rafizi Ramli ditahan polis
Hishamuddin ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berkaitan mengadakan perhimpunan haram iaitu perhimpunan #BatalGST yang diadakan semalam.
#BatalGST: Ambiga dan tiga pemimpin Pakatan yang ditahan polis dibebaskan
Polis gagal mendapatkan permohonan lanjutan tahanan reman ke atas empat pemimpin Pakatan yang ditangkap selepas perhimpunan #BantahGST.
Polis tahan peserta dan aktivis #BatalGST
Polis telah menahan beberapa peserta Perhimpunan #BatalGST yang mengadakan bantahan di KLCC hari ini.