Mangsa terdiri daripada 12 warga tempatan dan empat warga asing.
Bas persiaran terbabit dipercayai dalam perjalanan menghala timur berhampiran Hentian Rehat Lentang.
Komander Operasi Kanan TPgB Mohd Rosdan Zakaria mengesahkan kejadian itu berlaku melibatkan sebuah bas persiaran jenis Hino yang terbalik merentasi jalan.
Difahamkan, terdapat seorang wanita tersepit berjaya dikeluarkan manakala seorang lagi wanita serta tiga lelaki dewasa telah dihantar ke Hospital Bentong dengan menggunakan EMRS.
Bagaimanapun jantina mangsa terlibat masih belum dapat dikenal pasti.
Sementara itu, sejumlah 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikerahkan ke lokasi dan mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan power unit serta menghantar semua mangsa yang cedera ke Hospital Bentong bagi rawatan susulan.