BUKIT MERTAJAM: Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan, dekat Perai, pada Isnin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang ketika bas ekspres berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas ekspres tersebut dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan di hadapannya.
"Bas ekspres tersebut seterusnya melanggar 10 lagi kenderaan lain yang berada di laluan sama," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya, mangsa yang mengalami cedera ringan dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.
Terdahulu, insiden tersebut tular di platform media sosial antaranya Facebook apabila pengguna jalan raya berkongsi video memaparkan detik kejadian.
Dalam kejadian itu, kelihatan bas ekspres yang dipandu di lorong kanan hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan seterusnya dilihat merempuh beberapa kenderaan lain yang kesemuanya dianggarkan 10 kenderaan.
Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15 kilometer sebelum trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang.
Menurut Shafee, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis memohon pengguna lebuhraya yang menyaksikan kejadian agar tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Sufi Abdul di talian 0134774542 atau 04-5382222.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Dec 13 2021
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang ketika bas ekspres berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Ipoh, Perak. - Foto media sosial
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Bas ekspres hilang kawalan langgar 10 kenderaan lain
Sebuah bas ekspres dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 139.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan, dekat Perai, pada Isnin.