Kemalangan LPT

TEMERLOH: Dua puluh lapan penumpang nyaris maut, apabila bas yang mereka naiki terbabas di di kilometer 116 Lebuhraya Pantai Timur, lPT.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, sepuluh penumpang cedera.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada mangsa yang maut dalam kejadian itu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan berpusing beberapa kali sehingga mengakibatkan pemandu dan beberapa penumpang tercampak keluar.


Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan keadaan mereka dilapor stabil.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas bermungkinan mengantuk semasa kejadian.