MARAN: Baru seminggu kahwin dengan inai masih melekat di jari, Azimah Zahari, 31, kehilangan suaminya sekelip mata yang maut akibat kemalangan dekat Kampung Megat Segama di Temerloh pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Hairul Hafizi Mursid, 34, yang bekerja sebagai penolong penyelia pasar raya di Temerloh sedang menunggang motosikal dipercayai terlanggar lubang sebelum terjatuh di tempat kejadian.
Mangsa kemudiannya meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh pada hari sama.
Kejadian yang menimpa mangsa turut tular di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen selain bersedih dengan tragedi tersebut.
Azimah memberitahu, dia dan suami baharu sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Februari lalu.
Ujar anak bongsu dari tiga beradik itu, dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Jengka 17 selepas tamat waktu bekerja.
"Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada naik motosikal atau kereta. Tapi, semalam (Jumaat), kami naik berasingan. Suami naik motosikal sebab katanya nak 'service' motosikal.
"Dalam perjalanan balik malam itu, saya ikut rapat belakang suami dengan kereta. Cuma bila tiba dekat dengan lokasi kejadian, saya agak ke belakang sedikit sebab keadaan jalan berselekoh dan berbukit.
"Saya melepasi tempat suami terjatuh, tapi saya pusing semula sebab saya kenal dengan warna motosikal tu dan memang tak sangka, suami saya terjatuh terlanggar lubang. Itu yang orang awam beritahu pada saya," kata Azimah.
Tambah Azimah, keadaan suaminya ketika itu dalam keadaan separuh sedar dan mengerang kesakitan sebelum dihantar ke hospital.
"Bila tiba di hospital, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau 10 minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklum, suami saya sudah meninggal dunia.
"Lepas doktor cakap macam tu, saya betul-betul terkejut, tergamam... Macam tak percaya benda ni boleh berlaku.
"Ada juga saya rasa ralat sangat. Kalau saya tahu akan berlaku macam ni, saya takkan benarkan suami naik motosikal," jelas Azimah yang ditemui di kediaman keluarga di Kampung Baru Chenor di sini pada Sabtu.
Jenazah Allahyarham Hairul selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunian, Chenor kira-kira jam 4.28 petang pada Sabtu.
Ujar Azimah, suaminya adalah seorang anak yatim piatu dan mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak 2016.
"Suami juga anak bongsu dari empat adik-beradik dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap pada hari kejadian kecuali sebelum ini ada meluahkan rasa rindu pada arwah ibunya.
"Arwah seorang periang, suka tersenyum dan kuat menyakat dan kami memiliki hobi sama, suka ubah suai kenderaan tetapi saya akan tetap anggap dia masih ada di sisi saya.
"Banyak kenangan bersama suami sejak awal perkenalan," akui Azimah lagi.
Dalam pada itu, dia berharap kejadian yang menimpa suaminya menjadi pengajaran pada semua pihak selain segera diselenggara sebaik mungkin oleh pihak terbabit.
"Itu lah laluan kami untuk balik kerja. Jalan tu selalu ada air dan saya perasan memang ada lubang.
"Jangan jadi pada orang lain pula. Sebelum ni, ada juga dengar orang patah tangan, kaki.... Cuma nyawa je tak melayang lagi.
"Sekarang, berlaku pada suami saya. Jadi, saya minta dan berharap, pihak berkaitan dapat baiki atau selenggara sekerap jalan itu," tambah dia lagi.
Sementara itu, ketika tinjauan dibuat di lokasi kejadian pada Sabtu mendapati laluan tersebut telah diturap. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 12 2023

Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa dalam kejadian dekat Kampung Megat Segama Temerloh pada Jumaat. Gambar kecil: Seorang pengguna Facebook memuat naik gambar lubang di tempat kejadian sebelum kemalangan berlaku pada Jumaat.
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan disyaki terlibat lumba haram
Sebanyak 196 notis kompaun telah dikeluarkan dan 19 motosikal disita menerusi operasi dijalankan JPJ.

Berlagak seperti 'Superman' di Jambatan Kedua Pulau Pinang, dua remaja ditahan
Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.

'Dak Nor' tidak akan sia-siakan kepercayaan, harapan keluarga untuk terus sihat
Dak Nor bertekad untuk tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan keluarga, rakan-rakan serta penduduk Duyong yang ingin melihatnya terus sihat.

Pesara tentera maut, anak parah dirempuh kereta di Padang Besar
Seorang pesara tentera maut, manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri dekat Padang Besar.

Dua pelajar maut motosikal dilanggar kereta
Penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 15 dan 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.

AADK tahan 94 penagih dadah termasuk tiga warga emas di Melaka
AADK menahan 94 lelaki termasuk tiga warga emas disyaki penagih dadah dalam Operasi Perdana yang dilaksanakan di tiga daerah di Melaka selama tiga hari bermula pada 24 Feb lepas.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di laluan kecemasan
Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.