BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang sedang menjejaki seorang pembantu rumah wanita warga asing yang mencuri barang kemas berjumlah RM69,000 milik majikannya dalam kejadian di Taman Bukit, Bukit Mertajam , Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, wanita yang dikenali sebagai Eka Lestari, berusia 27 tahun itu baru tiga bulan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah seorang doktor .
Cheng San berkata, pengadu terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung kehilangan pembantu rumahnya pada Khamis lepas sebelum membuat satu lagi laporan polis selepas menyedari barang kemas milik isterinya turut hilang dipercayai dilarikan suspek pada 10 September lepas.
"Siasatan pihak polis mendapati suspek merupakan warga negara asing dan baru kerja tiga bulan di rumah tersebut. Kejadian disyaki berlaku pada 8 September ketika itu suami pengadu menyedari suspek tiada di rumah mereka pada jam 6 pagi dan hadir membuat laporan kehilangannya.
"Namun, pengadu tidak menyangka suspek turut membawa lari bersama barang kemas. Dia menyedari perkara tersebut ketika dia hendak menggunakan barang kemas itu pada 10 September," ujar beliau.
Cheng San berkata, barang kemas tersebut disimpan di dalam almari berkunci di sebuah bilik di rumah berkenaan.
Pemeriksaan mendapati tiada kesan umpil pada almari berkenaan dan suspek menggunakan kunci membuka almari tersebut sebelum melarikan 10 barang kemas, antaranya rantai emas, gelang tangan, subang, rantai kahwin emas dan loket emas.
Cheng San berkata, suspek melarikan diri bersama pasport namun polis percaya dia masih berada dalam negara dan usaha menjejaki wanita itu kini giat dilakukan pihak polis.
Selain itu, polis juga sedang mengesan sebuah kereta yang dipercayai membantu suspek melarikan diri berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mangsa.
"Daripada CCTV yang kita lihat, suspek keluar dari rumah itu pada jam 1 pagi pada 8 September. Ada sebuah kereta datang mengambil suspek. Kita sedang menjejaki kereta tersebut berdasarkan CCTV dari rumah jiran di kawasan berkenaan, kita sedang dapatkan footage (salinan rakaman) dari CCTV itu," katanya.
Siasatan juga mendapati mangsa mengambil suspek bekerja sebagai pembantu rumahnya sendiri tanpa menggunakan khidmat ejen.
Kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut atau menemui suspek boleh menghubungi balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Inspektor Mohamad Suhaimi Ismail di talian 019-290 9231.
Astro Awani
Mon Sep 12 2022
Suspek melarikan diri bersama pasport namun polis percaya dia masih berada dalam negara dan usaha menjejaki wanita itu kini giat dilakukan.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.