KUALA BERANG:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik berikutan kenaikan harga barangan berkenaan pada masa ini.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata sebanyak 248 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan ke atas penjual komputer riba, tablet dan telefon bimbit di seluruh negara dalam Op Catut 8.0 yang bermula 25 Jan lepas.
"Notis yang dikeluarkan itu memerlukan peniaga, pemborong dan peruncit mengisytiharkan harga barang yang mereka beli daripada sumber asal kemudian kita dapat nilai sama ada berlakunya elemen pencatutan atau tidak.
"Kita mengesyaki berlakunya kenaikan harga barangan elektronik sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kedai runcit bergerak 'Prihatin Mart' di Dataran Kuala Telemong, hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang membuat pembelian barangan elektronik dan aksesori komputer perlu menyimpan resit pembelian dan segera membuat laporan kepada pihak KPDNHEP sekiranya mempunyai sebarang masalah.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu melahirkan rasa syukur kerana Prihatin Mart mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penduduk kampung.
Rosol berkata kedai runcit yang bagaikan trak makanan itu menyediakan 91 jenis barangan runcit dan menawarkan harga yang lebih rendah sehingga 30 peratus daripada kebiasaannya.
"Lori ini akan bergerak ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini secara bergilir-gilir mengikut jadual iaitu antara Jumaat hingga Isnin bermula 10 pagi hingga 3 petang. Program Prihatin Mart ini mampu memberi peluang kepada orang kampung untuk menikmati harga barang yang lebih murah.
"Contohnya pada hari ini beras seberat 10 kilogram yang berharga RM26 di pasaran dijual hanya RM18 sahaja. Barangan bersubsidi seperti gula dan minyak masak juga diberi potongan harga sebanyak 30 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021
![Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610876937_TechnologyGeneric.jpg)
KPDNHEP mengesyaki berlakunya kenaikan harga barangan elektronik sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655599229_MIDF.jpg)
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
![Amal guna barang, perkhidmatan elektrik secara lestari, elak pembaziran - FOMCA Amal guna barang, perkhidmatan elektrik secara lestari, elak pembaziran - FOMCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696812335_lightbulb.jpg)
Amal guna barang, perkhidmatan elektrik secara lestari, elak pembaziran - FOMCA
Penggunaan tenaga yang cekap amat penting dan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah.
![Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41640850055_takiyuddinhassan.jpg)
Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari
Individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE, dan platform e-dagang terpilih.
![Anak, ibu didakwa tipu jual barangan elektrik tidak wujud Anak, ibu didakwa tipu jual barangan elektrik tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61631285557_courtgavelmahkam.jpg)
Anak, ibu didakwa tipu jual barangan elektrik tidak wujud
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Subang Jaya dan Shah Alam pada 28 Mei dan 24 Julai lepas mengikut Seksyen 415 KK.
![Gudang barangan elektrik musnah dijilat api Gudang barangan elektrik musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629149894_TBELEKTRIKMUSNAH.jpg)
Gudang barangan elektrik musnah dijilat api
Peratusan kemusnahan dianggarkan lebih kurang 70 peratus daripada keseluruhan bangunan terbabit.
![Robot dari bahan kitar semula ini bantu penduduk kampung harungi pandemik Robot dari bahan kitar semula ini bantu penduduk kampung harungi pandemik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628904018_Indonesianvillage.jpg)
Robot dari bahan kitar semula ini bantu penduduk kampung harungi pandemik
Robot itu kini dapat membawa makanan dan diharapkan senyuman kepada penduduk yang sedang menjalani kuarantin akibat dijangkiti COVID-19.
![Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610876937_TechnologyGeneric.jpg)
Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan
KPDNHEP akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik berikutan kenaikan harga barangan berkenaan pada masa ini.
![PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81582618287_DatukAlexanderNant.jpg)
PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) fasa tiga.