PETALING JAYA: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyamar sebagai pegawai polis dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dalam satu insiden pergelutan di sebuah kondominium, tiga tahun lepas.
Hakimi Aiman Hussin, 32, juga didenda maksimum RM100 kerana memaki polis di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995 dalam kejadian sama.
Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu ke atas Hakimi selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan pada sebutan kes hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 12 bulan bagi empat kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 28 Okt 2020.
Hakimi didakwa atas dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan Koperal A. Saravanan dan Lans Koperal Muhammad Azuwan Ahmad daripada menjalankan kewajipan mereka mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dia turut dituduh atas satu pertuduhan mengugut untuk menumbuk warga emas, K. Paramavaran, 62, mengikut Seksyen 506 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh juga didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Unit Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kepada Paramavaran mengikut Seksyen 170 kanun serupa yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Hakimi turut didakwa berkelakuan kurang sopan dengan memaki Saravanan mengikut Seksyen 14 yang membawa hukuman denda maksimum RM100. Kesemua kesalahan itu dilakukan di pintu masuk utama sebuah kondominium di Empire Damansara, di sini, pada 2 pagi, 28 Okt 2020.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang berada dalam keadaan mabuk tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis dan pengawal keselamatan yang tidak membenarkannya masuk ke kawasan lobi kondominium tersebut kerana tidak mempunyai kad akses.
Pihak polis kemudian menasihatinya untuk beredar namun tertuduh yang tidak berpuas hati telah memaki dan cuba untuk menendang dan menumbuk anggota polis sebelum dia ditahan setelah pergelutan berlaku antara mereka.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh, namun peguam Fadhli Sutris yang mewakili Hakimi memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf.
Tertuduh masih dalam tahanan reman polis atas satu kes berhubung dadah yang kini sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Hakimi Aiman Hussin, 32, juga didenda maksimum RM100 kerana memaki polis di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995 dalam kejadian sama. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Kes tipu isteri pelawak: Polis rakam keterangan 12 individu
Polis telah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak.

Polis tahan lapan individu, tumpaskan penipuan pelaburan saham
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.

Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.

147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.

51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.