KOTA BHARU: Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak lembam kritikal akibat kandungan dadah dalam badan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.
Hukuman diputuskan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas tertuduh, Mohd Shahrizuan Alias, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hak pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun sembilan bulan itu didakwa mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada sesuatu yang berbahaya terhadap tubuh badan iaitu dadah berbahaya jenis metamphetamine dan morfin sehingga menyebabkan mangsa mengalami drug toxicity.
Kesalahan dilakukan di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada jam 3 petang, 18 Jun lalu.
BACA: Kanak-kanak tertelan dadah dapat perhatian Istana Kelantan
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta sama apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada 19 Jun lalu, pihak Hospital Gua Musang menerima pesakit kanak-kanak tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa oleh ibunya untuk rawatan.
Ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis methamphetamine dan morfin serta dipercayai terlebih dos hingga kritikal.
Sehari sebelum itu, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu dibawa keluar oleh tertuduh untuk pergi mandi sungai.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa.- Foto Sinar Harian
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.
Bapa sepupu kanak-kanak tertelan dadah dipenjara tiga tahun
Bapa sepupu yang menyebabkan seorang seorang kanak-kanak lembam kritikal akibat kandungan dadah dalam badan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.
Reman bapa sepupu kanak-kanak tertelan dadah dilanjut
Reman ke atas bapa sepupu kepada kanak kanak berusia empat tahun yang tertelan dadah jenis metaphitamine dilanjutkan selama lima hari lagi.
Kanak-kanak tertelan dadah dapat perhatian Istana Kelantan
Perkembangan kanak kanak itu dikuti oleh Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.