TEMERLOH: "Tiada perubahan sikap yang ketara, cuma menjelang Ramadan ni, dia sudah mengemas dan cat bilik, malah sudah juga beli perabot baharu. Tapi nak buat macam mana, kena reda."
Itu luahan pemilik bengkel besi, Hasrul Ibrahim, 42, yang kehilangan anaknya, Haikal Aiman, 21, yang meninggal dunia akibat nahas di Jalan Temerloh-Bahau, pada Rabu.
Menurut Hasrul, anak sulung daripada empat beradik itu, yang lebih mesra dengan panggilan Along, ialah seorang yang periang dan merupakan anak harapan keluarga yang bakal mewarisi perniagaan bengkel besi yang diusahakannya sejak 15 tahun lalu.
Menceritakan detik duka yang menimpa anak kesayangannya itu, Hasrul berkata ketika kejadian, arwah baru selesai menjemput adiknya di sebuah terminal bas.
"Dia (Haikal Aiman) dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Rentam selepas menjemput adiknya, Hanis Adila, 19 (anak ke-2) yang balik bercuti dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Jitra, Kedah di Terminal Bas Temerloh, pagi tadi (Rabu).
"Sepatutnya saya yang jemput anak perempuan saya, tapi Along beria-ia mahu menjemputnya.
"Cuma, saya ada telefon adiknya untuk tengok-tengokkan Along kalau-kalau dia mengantuk," ujarnya.
Jelasnya, Haikal Aiman yang juga merupakan Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) APM Bera, telah keluar rumah menjemput adiknya itu selepas solat subuh.
Namun, beberapa jam kemudian, Hasrul menerima panggilan daripada Hospital Bera memaklumkan tentang kejadian yang menimpa anaknya itu.
Katanya, dia segera ke lokasi untuk melihat keadaan Haikal Aiman, namun yang tinggal hanyalah sekujur tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa akibat tersepit dalam kemalangan itu.
"Adiknya dihantar ke Hospital Bera untuk rawatan. Sementara, Along terpaksa dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
"Saya sedih namun reda dengan apa yang berlaku walaupun kejadian ini berlaku menjelang Ramadan," tambahnya lagi.
Sementara itu, rakan mangsa, Wan Muhammad Ridhuan Abdullah, 22, berkata, dia tidak menyangka sahabat karibnya itu 'pergi' sehari sebelum Ramadan.
Katanya, dia terkejut dan tergamam mendengar perkhabaran itu sedangkan kali terakhir mereka berjumpa pada malam Selasa.
"Kami lepak bersama malam tadi, tapi tak sangka pula dia 'pergi' meninggalkan kami.
"Saya betul-betul terasa kehilangannya, dan semestinya saya kehilangan seorang sahabat baik.
"Kalau ikutkan, ke mana saja saya pergi, kami akan bersama. Tapi pelik juga, dia tak ajak saya pun untuk jemput adiknya.
"Seolah-olah satu petanda, dalam tiga bulan lepas, arwah ajak saya untuk beli insuran.
"Dia beritahu, kalau ada insuran, sekiranya terjadi apa-apa pada keluarga, ada sesuatu yang ditinggalkan untuk mereka," katanya lagi.
Selain itu, arwah juga pernah menyatakan hasrat untuk membeli kereta baharu dan menyimpan duit untuk berkahwin.
Haikal Aiman meninggal dunia setelah terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan iaitu Honda CRV dan lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 24 Jalan Temerloh-Bahau, dekat Kampung Mengkarak, di Bera, pada Rabu.
Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa dari arah Temerloh menghala ke Kerayong telah cuba memotong sebuah kenderaan, namun bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Akibat perlanggaran itu, kereta dipandu mangsa berpusing dan melintang di laluan bertentangan, manakala lori tersebut terbalik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Azee Shafy
Wed Mar 22 2023
Nahas di Jalan Temerloh-Bahau yang meragut nyawa Haikal Aiman. -Gambar fail
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.
FLYsiswa dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan
Inisiatif FLYsiswa, yang menawarkan subsidi tiket penerbangan kepada pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Labuan, kini akan dijadikan inisiatif tahunan oleh Kementerian Pengangkutan.
Sarawak mulakan tindakan tegas dalam pemeliharaan hutan
Sarawak mula ambil tindakan lebih tegas dalam memelihara hutan dan ekosistem sebagai mitigasi perubahan iklim.
Singapura arah Meta maklumkan pengguna mengenai kenyataan palsu berkenaan hukuman mati
Ia berikutan penyiaran semula kenyataan palsu di platformnya mengenai penjadualan hukuman mati dan pendakwaan kes pengedaran dadah di Singapura.
BN, PH Sabah setuju jalin hubungan
Dalam satu kenyataan bersama BN dan PH Sabah, kedua-dua parti menyatakan keterbukaan dalam menjalin hubungan dengan parti-parti lain sebagai persediaan memasuki prn negeri akan datang.
Trump mahu hukuman mati terhadap migran yang bunuh rakyat AS, polis
Trump ketika berucap di Pittsburgh, Pennsylvania, sekali lagi merungut mengenai kemasukan migran di sempadan selatan AS.
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Isu FashionValet: Proses rakam percakapan Vivy, suami masih berjalan - SPRM
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pada Selasa.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Bapa reda pemergian anak terlibat nahas menjelang Ramadan
Menceritakan detik duka yang menimpa anak kesayangannya itu, Hasrul berkata ketika kejadian, arwah baru selesai menjemput adiknya di sebuah terminal bas.