KUANTAN: Seorang pesara cedera parah akibat ditikam anak lelakinya dengan gunting dalam kejadian di Taman Sungai Isap Murni di sini pada petang Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 62 tahun cedera pada bahagian belakang dan perut.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun ditahan hari kira-kira empat jam selepas kejadian.
"Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Pandan 1 di sini.
"Suspek yang turut positif dadah jenis methamphetamine mengaku menikam bapanya selepas mendakwa terdengar 'bisikan syaitan'," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku di hadapan rumah ketika mangsa dan isterinya mahu keluar membeli barang dapur.
"Secara tiba-tiba anaknya datang sambil membawa sebilah gunting lalu menyerang ibu bapanya itu sehingga berlaku pergelutan.
"Dalam pergelutan itu, suspek bertindak menikam mangsa dan terkena bahagian belakang badan dan perut," katanya.
Beliau berkata, kejadian disedari anak perempuan mangsa yang segera menyelamatkan ayahnya dan membawanya ke hospital.
"Suspek sempat masuk ke dalam rumah dan bertemu ibunya sebelum melarikan diri," katanya.
Tambah beliau, punca kejadian belum dapat dipastikan kerana suspek tiada masalah dengan ibu bapanya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Suspek yang memiliki 19 rekod jenayah lampau direman selama empat hari sehingga Ahad untuk siasatan lanjut.
"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan lengkap untuk cadangan pertuduhan ke suspek," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 02 2021

Pesara cedera akibat ditikam anak lelakinya dalam kejadian di Taman Sungai Isap Murni pada petang Rabu. -Gambar hiasan/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Bapa parah ditikam anak dengan gunting
Bapa parah ditikam anak dengan gunting

Anak tikam bapa sehingga maut di Jelebu
Dipercayai akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas ditikam oleh anak lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi.

Bapa maut ditikam anak sendiri disaksikan 20 peserta sidang video
Mangsa Dwight Powers, 72, dilapor dipukul dan ditikam bertubi-tubi Thomas Scully-Powers, 32, dalam kejadian di Long Island, Amerika Syarikat (AS) pada tengah hari Khamis.