Seorang bapa berusia 46 tahun hari ini mengaku bersalah atas tuduhan cuba melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang berusia 21 tahun.
Mengikut pertuduhan yang dibaca di Mahkamah Sesyen Shah Alam, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa pada April 2015.
Pertuduhan ke atas lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(B)(1) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 511 akta sama, yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan tertuduh yang berusia 46 tahun diikat jamin RM7,000 dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sebagai syarat tambahan.
Sementara itu, di mahkamah majistret pula, tertuduh dihadapkan dengan tiga pertuduhan mencabul tiga anak perempuannya berusia 15, 17 dan 21 tahun dan dua dakwaan lain lagi.
Semua pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mana setiap kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan.
Tertuduh ketika mendengar pertuduhan mengaku bersalah terhadap dua daripada tiga dakwaan mencabul tersebut.
Pertuduhan keempat pula adalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya 17 tahun pada 11 Mac 2020, yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Kesekaan.
Lelaki itu turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan kerana memiliki video lucah yang boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,500 untuk kesemua lima pertuduhan dan menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukum dan serahan dokumen.
Tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati ketiga-tiga anak perempuannya.
Mahkamah menetapkan 29 Jun 2020 sebagai tarikh jatuh hukum dan serahan dokumen.
Astro Awani
Fri Apr 24 2020
![Bapa mengaku bersalah cuba sumbang mahram, cabul tiga anak Bapa mengaku bersalah cuba sumbang mahram, cabul tiga anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587732712_TUDUHBAPACABULA.jpg)
Tertuduh ketika mendengar pertuduhan mengaku bersalah terhadap dua daripada tiga dakwaan mencabul tersebut.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
![Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
![Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717468190_rakamanvideo.jpg)
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
![Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711687432_TBrogoljpg.jpg)
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
![Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707452224_TBcabul.jpg)
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
![Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691589645_HandcuffGari.jpg)
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
![Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649247488_TBGARI.jpg)
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
![Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
![Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696898742_TBZainolAbuSamah.jpg)
Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera
Kedua-dua pegawai, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.
![Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686220481_WomenSilhoutte.jpg)
Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.