Seorang bapa maut manakala dua anaknya parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler muatan minyak di kilometer 35, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Lay Bay, Bukit Besi di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, Azmi Mohamed Noor, 49 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Manakala dua anaknya, Nur Fatihah Husna Azmi, 14 tahun dan Mohd Nazrulhaq Azmi, 13 tahun, yang turut mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona yang dipandu Azmi dari arah Dungun terbabas selepas membelok masuk ke simpang untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Besi.
Berikutan itu, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melepasi pembahagi jalan sebelum dirempuh lori treler yang datang dari arah bertentangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.40 petang.
Menurutnya ketika tiba pemandu kereta terbabit tersepit di tempat duduk ekoran keseluruhan bahagian depan kenderaannya remuk.
“Dua anak mangsa berjaya dikeluarkan orang ramai dan pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang lain,” katanya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Astro Awani
Thu Feb 08 2018
Azmi Mohamed Noor, 49 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan. - Astro AWANI
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Bapa maut, dua anak parah kereta bertembung treler minyak
Seorang bapa maut manakala dua anaknya parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler muatan minyak di kilometer 35, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Lay Bay, Bukit Besi di sini.