GURUN : Pasangan anak-beranak antara 48 individu yang ditahan dalam serbuan di Ladang Kelapa Sawit ECPI, dekat Gurun, pada Khamis.
Dua beranak masing-masing berusia 53 dan 26 tahun itu ditahan ketika mereka memasuki ke kawasan yang dijadikan ‘port’ untuk mendapatkan bekalan dadah serta melepaskan gian ketagihan.
Ketika disiasat, si bapa mendakwa yang dia belajar mengenali serta menghisap dadah daripada anak lelakinya akibat tertekan selepas bercerai dengan isteri.
Lelaki terbabit mendakwa selepas bercerai dia tinggal bersama ibunya manakala anaknya pula menetap bersama bekas isteri dan mereka akan bertemu di ladang terbabit untuk melepaskan gian.
Dia juga memberitahu mereka berdua tidak bekerja dan dia akan meminta wang daripada ibunya untuk membeli bekalan dadah manakala anaknya pula mendapatkan wang daripada bekas isterinya.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Batu Lima, seorang datuk kepada lima cucu ditahan selepas dia memasuki kawasan terbabit untuk mendapatkan bekalan dadah.
Dia turut memberi alasan tidak masuk akal kononnya mahu membeli roti canai dalam ladang.
Bagaimanapun alasan itu tidak diterima dan terus ditahan.
Dia ketika itu langsung tidak menyedari kehadiran sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang sudah mengepung kawasan berkenaan.
Sebaik mematikan enjin motosikal, anggota polis terus menahannya dan ketika disoal lelaki berkenaan dengan spontan mendakwa dia kononnya dalam perjalanan mahu membeli roti canai sedangkan lokasi ladang terletak jauh dari jalan utama dan kedai.
Dia yang tinggal di kampung berhampiran menyangka helah serta alasan diberikan dapat menyelamatkannya daripada ditahan namun cubaan itu gagal meraih simpati anggota polis yang sudah mengetahui taktiknya kerana lokasi terbabit sebenarnya adalah lokasi penagih membeli serta menghisap dadah.
Malah, sebaik mengetahui dia ditahan, isteri serta anak perempuannya turut hadir dan menunggu lelaki terbabit di luar ladang kelapa sawit itu dan mereka tiga beranak sempat berpelukan sebelum dia dibawa ke lokap IPD menaiki trak polis.
Ketika itu, isteri serta anaknya dilihat menangis sambil bersalaman meminta maaf namun lelaki terbabit masih tenang serta sempat berpesan kepada mereka supaya tidak bersedih.
Selain lelaki berkenan, ada juga penagih lain yang memberi alasan mahu mencari isteri, rakan serta ada yang mendakwa mereka kononnya tersesat jalan.
Malah, seorang daripada penagih yang ditahan memberitau sengaja masuk ke 'port' terbabit untuk memantau serta menasihati rakan supaya menjauhi dan tidak menghisap dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, dalam serbuan di dua ladang berkenaan seramai 48 penagih ditahan termasuk seorang wanita.
Menurutnya, dalam operasi itu polis berjaya merampas heroin seberat 26.15 gram (g) bernilai RM915 dan syabu seberat 1.2g yang bernilai RM120.
Katanya, hasil siasatan mendapati ladang kelapa sawit ECPI sudah beberapa kali diserbu namun golongan penagih masih menjadikannya sebagai lokasi itu untuk mendapatkan bekalan dadah.
Pihaknya juga mendapati lokasi ladang yang bersempadan dengan daerah Yan serta Pendang itu menjadi tumpuan penagih yang datang dari daerah berkenaan kerana kawasannya yang luas.
Manakala menurutnya, lokasi ladang di Kampung Batu Lima pula baru wujud dan penagih serta pengedar memilih lokasi berkenaan kerana ia terletak agak jauh dari kawasan rumah penduduk kampung.
Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 19 2023
Lelaki itu (kanan) mengaku mula belajar menghisap dadah daripada anak lelakinya (kiri) kerana tertekan selepas bercerai dengan bekas isteri.- Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Bapa belajar hisap dadah daripada anak
Seorang bapa memberi alasan belajar menghisap dadah daripada anaknya ketika ditahan dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit pada Khamis.
Bapa dan anak terima skrol serentak pada Majlis Konvokesyen UUM
Dua beranak itu antara 244 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada sidang pertama majlis konvokesyen itu hari ini.
Lelaki maut, anak 4 tahun patah kaki motosikal dirempuh kereta
Seorang lelaki maut manakala anaknya berusia empat tahun patah kaki selepas motosikal mereka dirempuh kereta yang dipandu remaja di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.
Bapa dan anak derita jantung berlubang
Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya