Terdapat 'banyak masalah' dengan keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai derma Arab Saudi yang diterima dalam akaun bank peribadinya, kata Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hakim Mohd Nazlan, yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Najib berhubung penyelewengan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd berkata tertuduh, dalam keterangannya sebagai saksi, tidak mendengar sendiri atau dimaklumkan oleh Almarhum Raja Abdullah atau kerabat diraja Arab Saudi mahu menawarkan bantuan kewangan untuk menyokong kepimpinannya.
"Tiada bukti daripada tertuduh yang berusaha untuk mengesahkan niat yang dikaitkan dengan Raja Abdullah itu dengan sesiapapun. Tidak dengan Raja secara langsung, atau dengan mana-mana pegawai kerajaan yang dengan mudah boleh diperiksa untuk mengesahkan maklumat itu untuk Perdana Menteri.
"Berikutnya, tidak ada keterangan jika derma yang dimaksudkan itu akan disertakan dengan apa-apa syarat penggunaan. Tiada apa-apa. Tertuduh hanya menerima kata-kata ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low.
"Tanpa mempedulikan pengaruh Jho Low dalam segmen kerabat diraja Arab Saudi, dan kepercayaan tertuduh terhadapnya berdasarkan apa yang telah dicapai, saya dapati bahawa kegagalan tertuduh memastikan pengesahan rasmi mengenai sumbangan yang ingin diberikan oleh Raja Abdullah menunjukkan yang beliau percaya derma yang akan diberikan oleh Raja Abdullah itu adalah sukar diterima akal. Dalam perkataan lain, tertuduh tidak mempercayainya," kata hakim dalam penghakiman ringkasnya.
Mengenai dakwaan bahawa Raja Abdullah ingin memberikan derma peribadi kepada tertuduh, Hakim Mohd Nazlan menyatakan bagi pemimpin negara lain memasukkan wang ke dalam akaun bank peribadi tertuduh, kelihatan janggal dalam hubungan antarabangsa, walaupun pada tahap peribadi antara pemimpin negara berbeza.
"Tiada pengesahan daripada pegawai kerajaan sama ada kerajaan Arab Saudi dan Malaysia, bahawa tertuduh, sebagai Perdana Menteri sebenarnya telah menerima dalam akaun peribadinya derma daripada Raja Abdullah dalam tempoh yang berkenaan.
"All roads lead to Rome and in this case it leads to Riyadh (semua kekayaan pergi kepada Rom dan dalam kes ini ia mengarahkannya ke Riyadh). Banyak hujah tertuduh berkaitan dengan inti pembelaan tertuduh iaitu kepercayaan dan pengetahuannya mengenai akaunnya dan operasi mereka adalah berasaskan wang derma Arab Saudi yang didakwa.
"Saya sebelum ini telah menyatakan bahawa hujah bahawa tertuduh tidak mempunyai pengetahuan tentang pengiriman wang RM42 juta itu, bukan hanya bergantung pada dakwaannya tidak terlibat dalam pengurusan akaunnya sendiri dan ketiadaan pengetahuan mengenai baki, tetapi juga mengenai kepercayaannya tentang derma wang daripada Arab Saudi. Ini menimbulkan persoalan sama ada dakwaan kepercayaan dan pengetahuan bahawa pengiriman wang asing dari Raja Abdullah adalah tulen atau dibuat-buat," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Hakim Mohd Nazlan juga berkata Ahli Parlimen Pekan itu tidak mengambil langkah logik untuk mengembalikan RM42 juta itu kepada syarikat (SRC) selepas dimaklumkan tentangnya oleh Pengarah Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YRIM) Ung Su Ling.
"Tetapi sewaktu hujahan balas walaupun soalan diulang, tertuduh kekal menyatakan dia tidak pulangkan duit kerana siasatan masih belum selesai. Ini adalah tidak meyakinkan kerana memandangkan keraguan itu, dia seharusnya menawarkan untuk mengetepikan RM42 juta untuk kemungkinan mengembalikan semula kepada SRC atau seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Tetapi ia tidak berlaku.
"Daripada keseluruhan bukti, pihak pembelaan gagal untuk membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Saya berpuas hati bahawa ia telah berjaya dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa tertuduh, sebagai pengarah bayangan dan sebagai seorang pengarah SRC (seperti yang didefinisikan di bawah Seksyen 402A Kanun Keseksaan) yang diberi kepercayaan untuk menguasai harta syarikat, dengan niat tidak jujur telah menyalahgunakan (menukar untuk kegunaan sendiri) dana milik SRC dengan jumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta seperti dinyatakan dalam tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT)," katanya.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, hakim itu berkata berdasarkan fakta dan keterangan seperti yang dinyatakan, selaku pemegang akaun, tertuduh tidak boleh dikatakan sebagai seorang yang waspada dan telah mengambil langkah untuk memastikan RM42 juta yang diterima dalam akaunnya bukan daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang dan dia tahu bahawa sumber wang itu adalah sah.
Beliau mengatakan, dalam hal ini ia menimbulkan keraguan luar biasa menyebabkan kesimpulan yang tidak dapat ditolak bahawa tertuduh sengaja memilih tidak mempersoal dan menyelidik pertanyaan yang jelas memerlukan kesahan, jadi dia dapat menyatakan tidak mengetahuinya dan tindakan ini adalah disengajakan.
Bernama
Wed Jul 29 2020
Najib bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala di ibu negara pada Selaas. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
'Banyak masalah' keterangan Najib berhubung derma Arab Saudi - Hakim
Terdapat 'banyak masalah' dengan keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai derma Arab Saudi yang diterima dalam akaun bank peribadinya, kata Hakim Mahkamah Tinggi.