KUALA LUMPUR: Kerjasama rentas agensi yang dimeterai melalui memorandum jemaah menteri dilihat sebagai langkah pertama yang penting dalam menangani isu malnutrisi dan bantut dalam kalangan kanak-kanak.
Namun, Penyelidik Jeffrey Cheah Institute Sunway University, Derek Kok berkata, ia tidak harus berakhir di peringkat itu, sebaliknya diteruskan bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh.
"Memorandum itu langkah pertama, melihat konteks politik sekarang, memorandum sebegini penting untuk memastikan kementerian dan agensi boleh bekerjasama.
"Jika tidak, mungkin isu politik akan menyelubungi usaha ke arah menjalin kerjasama.
"Tetapi solusi lebih mendalam yang membawa kepada kerangka dasar menyeluruh diperlukan. Tidak boleh berhenti di sini. Kerangka dasar akan membanteras isu ini dalam jangka panjang dan pendek," katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi, pada Jumaat.
Jelasnya, malnutrisi dan bantut mencerminkan isu makro dan simptom kepada masalah lebih besar, iaitu sosioekonomi.
"Kementerian Kesihatan ada memberi nasihat pengambilan nutrisi dan ia memang penting tetapi ia tidak menyentuh penyebab utama malnutrisi berlaku.
"Dari kajian yang dibuat, bukan ibu bapa tidak pandai pilih makanan tetapi isunya adakah mereka mampu? Kita menyalahkan orang miskin, tetapi mereka tidak ada pilihan, terpaksa memilih makanan yang tak sesuai.
"Pilihan mereka ini dikongkong oleh faktor luar kawalan, contohnya isu kos sara hidup tinggi dan harga makanan mahal," ujarnya.
Tambahnya lagi, menyelesaikan masalah memerlukan kerangka dasar holistik yang menyentuh faktor makro secara langsung.
"Pendapat saya, kita boleh perluas program pemberian makanan, bukan fokus pelajar miskin sahaja tetapi beri bantuan kepada semua pelajar tanpa kira pendapatan ibu bapa.
"Bantuan tunai sejagat (universal cash assistant) juga boleh dilaksanakan kerana kita sudah ada infrastruktur, contohnya pangkalan data dan cara pembayaran, jadi tiada masalah untuk melancarkannya," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sat Mar 18 2023
DEREK KOK: Dari kajian yang dibuat, bukan ibu bapa tidak pandai pilih makanan tetapi isunya adakah mereka mampu? - Foto Astro AWANI
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Banyak gencatan senjata yang dilanggar dalam konflik ini menunjukkan kemungkinan berlaku pelanggaran.
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
AWANI Ringkas: Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 17 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 Januari 2025
1️⃣ Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
2️⃣ Bahan lucah kanak-kanak
3️⃣ Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
#awaniringkas
1️⃣ Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
2️⃣ Bahan lucah kanak-kanak
3️⃣ Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
#awaniringkas
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar.
Dialog Poket Rakyat : Mencari Golongan Miskin Dan Kelas Pertengahan
Apakah strategi dan pendekatan baharu memperkasa kelas pertengahan yang masih tertedah kepada risiko ekonomi? Bagaimana perancangan pengagihan sumber dapat dilakukan yang lebih berkesan? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Rakyat Palestin sedia dihantar pulang
Kerajaan Gaza pada Khamis menyatakan ia sedang bersiap sedia untuk mengumumkan rancangan bagi mempermudah kepulangan penduduk yang dipindahkan dari bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza ke kediaman mereka di bandar raya Gaza dan kawasan utara wilayah itu.
Waktu bekerja berlainan masih di peringkat cadangan
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memberi tumpuan kepada isu sumber manusia, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta agihan petugas kesihatan yang tidak seimbang.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memberi tumpuan kepada isu sumber manusia, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta agihan petugas kesihatan yang tidak seimbang.
700,000 warga Palestin di ambang maut
PBB juga bimbang keseluruhan generasi berisiko mengalami bantut iaitu keadaan yang disebabkan masalah mendapatkan makanan berkhasiat.
Anak bantut: Kos hidup tinggi buatkan ibu bapa pilih makanan murah, tidak bernutrisi
Keadaan itu juga menyebabkan ibu hamil tidak mengambil nutrisi yang baik buat bayinya.
Geli dengan nasi, daging, kanak-kanak usia empat tahun didiagnosis bantut
Seorang ibu tidak tidak menyangka anaknya disahkan terbantut oleh petugas kesihatan Indonesia meskipun kanak-kanak itu kelihatan normal dan tiada masalah kesihatan.
Bantut dan malnutrisi: Solusi perlu sentuh isu pokok - Penyelidik
Malnutrisi dan bantut mencerminkan isu makro dan simptom kepada masalah lebih besar, iaitu sosioekonomi.
Bantut: Fahami situasi, kaji punca harga tinggi susu formula
Apa yang harus dilakukan kini adalah mencari jalan untuk memahami situasi dan persekitaran kanak-kanak ini yang kebanyakannya berasal dari keluarga tidak berkemampuan.
Kanak-kanak Malaysia lebih terbantut berbanding di Gaza
Kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus, lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang seringkali melalui konflik keganasan.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.