TOKYO: Peralatan yang bakal diterima Malaysia menerusi geran bantuan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) dari Jepun ialah dron dan bot pemintas untuk pemantauan dan pengawasan sempadan maritimnya.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata demikian ketika mengulas laporan berita bahawa bantuan itu adalah bagi meningkatkan keselamatan maritim Malaysia memandangkan negara-negara di Asia sedang berusaha menangkis ancaman terhadap perairan mereka.
Mohamad yang merupakan Menteri Pertahanan ketika permohonan bantuan OSA itu dikemukakan berkata, secara keseluruhan diputuskan bahawa bantuan itu adalah untuk pemantauan sempadan perairan negara yang luas terutamanya pantai timur Sabah dan tidak ada kena mengena dengan memperkukuhkan pertahanan negara daripada sebarang ancaman.
"Sempadan maritim kami adalah luas, kami tidak boleh mewujudkan pos pengawal di setiap pulau. Maka, kami melihat kepada teknologi sedia ada dan mendapati dron nampaknya berkesan, dan bot pemintas yang laju diperlukan untuk mengejar penceroboh dalam operasi menyelamat, katanya ketika ditanya mengenai laporan itu ketika program bersama diaspora Malaysia di sini pada Isnin.
Sabtu lepas, Mohamad menandatangani nota OSA itu mewakili Menteri Pertahanan dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida.
Sebelum penandatanganan dan pertukaran nota itu, diumumkan bahawa Jepun akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan kepada Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan dari Jepun, Fumio Kishida menyaksikan pertukaran dokumen OSA antara Menteri Luar Mohamad Hasan dan Menteri Luar Jepun, Yoko Kamikawa pada Sabtu lalu. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Bantuan OSA Jepun hanya libatkan dron dan bot pemintas untuk pengawasan maritim - Mohamad Hasan
Peralatan yang bakal diterima Malaysia menerusi geran bantuan Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan (OSA) dari Jepun ialah dron dan bot pemintas untuk pemantauan dan pengawasan sempadan maritimnya.