KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang layak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 pada 17 April ini.
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.
BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
"Bagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak menerima RM700," katanya dalam satu kenyatan.
BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan, pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.
Astro Awani
Fri Mar 24 2023

BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 dibayar Jumaat ini - KPPA
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.

Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terperdaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."

Cuepacs mahu kerajaan teruskan tradisi beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Cuepacs mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah RISDA akan dibuat mulai Jumaat ini.

49,000 pekebun kecil getah terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 14 April
BKKA akan turut disalurkan kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pesawah, pekebun kecil getah, nelayan, sukarelawan diawalkan - PM
Selain penjawat awam, kerajaan mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform turut diawalkan.

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.

RM63.75 juta BKKA untuk pekebun kecil getah - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM63.75 juta kepada 318,642 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Lebih 200,000 veteran ATM termasuk tidak berpencen terima BKKA 17 April ini
Lebih 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM350 setiap seorang pada 17 April ini.

Perak umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam negeri
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata bantuan khas kewangan itu akan disalurkan pada 17 April ini.