KUANTAN: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam sungai di Laman Pesona Cheroh, Raub.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Penolong Kanan Penguasa Bomba Khairul Anuar Yaacob memaklumkan bahawa, pada 21 Disember anggaran jam 7 petang, mangsa dipercayai telah pergi ke tebing sungai di Laman Pesona Cheroh kerana kawasan Cheroh ketika itu telah terputus bekalan air.

Tambahnya, mangsa yang dikenali sebagai Por Kong Ming berumur 79 tahun, dilihat kali terakhir sekitar jam 6 petang ketika minum di kedai kopi Cheroh.

Kemudian ketika anak saudara mangsa datang ke rumah bagi menghantar makanan, didapatinya mangsa telah tiada di rumah dan apabila dibuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah, mendapati ada kesan tergelincir di tebing sungai.
    
[LAPOR LANGSUNG] 2 lagi mayat ditemui, korban di Taman Sri Muda kini 14 orang        

Terdapat selipar serta gayung milik mangsa di lokasi kejadian yang berada sekitar 50 meter dari rumah mangsa.          

Lapan anggota bomba dengan bantuan seramai lima anggota PDRM telah membuat pencarian dengan menggunakan bot di sepanjang sungai dalam jarak lebih kurang 3 kilometer.