BEAUFORT: Banjir yang menjejaskan hampir keseluruhan kawasan di daerah ini sejak beberapa hari lalu hingga hari ini disifatkan antara banjir terburuk yang melanda sejak 2014.
Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun berkata, pihaknya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah sebelum dibawa ke peringkat kerajaan negeri.
Katanya, situasi banjir kini semakin membimbangkan dan paras air semakin naik walaupun keadaan cuaca cerah dan selepas diteliti keadaan ini dipercayai disebabkan pelepasan air dari Stesen Janakuasa Hidro Pangi di Tenom.
"Hampir semua kawasan termasuk Pejabat Daerah Beaufort sendiri dinaiki air dan barisan hadapan iaitu pasukan keselamatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tidak dapat keluar meneruskan tugas dengan lancar.
"Keadaan banjir yang teruk ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan penduduk malah keadaan ekonomi juga terjejas berikutan penduduk di kawasan digenangi banjir tidak dapat meneruskan aktiviti harian," katanya ketika ditemui, pada Jumaat.
Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beaufort, keadaan teruk yang turut menjejaskan 95 peratus kawasan Klias dan Lumadan serta Membakut perlu dibincangkan secara serius berikutan masalah ini sudah berlanjutan beberapa tahun.
"Perkara ini akan diambil perhatian dan kita akan bawakan dalam mesyuarat PKOB seterusnya ke peringkat kerajaan negeri.
"Kita harapkan perkara ini dapat diselesaikan bagi mengelakkan tertangguhnya mata pencarian serta sistem pentadbiran di daerah ini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di Beaufort termasuk Dewan DSP Mohd Dun Banir Beaufort dan PPS Taman Selagon bagi menempatkan mangsa banjir.
Katanya pihaknya juga membuka PPS yang tidak rasmi di kawasan surau serta balai raya sesuai bagi menempatkan penduduk terjejas.
"Jika keadaan bertambah teruk kita jangkakan akan membuka PPS di kawasan selamat bagi menempatkan mangsa banjir di sini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata, pihaknya sedang giat mengerahkan anggota bagi membantu operasi berkaitan sepanjang musibah banjir di lokasi berkenaan.
Jelasnya, ini termasuk membekukan cuti di kalangan pegawai dan anggota selain meminta bantuan daripada pasukan bomba sukarelawan dalam membantu mangsa yang terlibat.
"Untuk anggota kita di sini, kita tidak bagi cuti, bahkan yang cuti pun kita panggil kerja sebab anggota kita tidak ramai dan kita minta bantuan daripada bomba sukarela.
"Mungkin ada pasukan bomba sukarela yang mempunyai kenderaan tinggi, pacuan empat roda akan bantu kita memberi bantuan makan minum dan sebagainya," katanya lagi.
Junaidi Ladjana
Fri May 21 2021
Sebuah rumah di Kampung Bingkul di Beaufort dinaiki air banjir apabila paras air Sungai Padas naik. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Sekurang-kurangnya 37 maut akibat banjir di Nigeria
Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 37 mayat selepas kejadian banjir besar pada Selasa.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Banjir di Wilayah Chaiyaphum, Thailand terburuk sejak 50 tahun
Banjir yang melanda wilayah timur laut Chaiyaphum di Thailand disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.
Banjir kilat di Taiping antara terburuk sejak 15 tahun - Mangsa
Hujan lebat berterusan sejak petang semalam sehingga mengakibatkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di sekitar Taiping disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku sejak 15 tahun lepas.
Banjir terburuk di Beaufort sejak 2014
Banjir yang menjejaskan hampir keseluruhan kawasan di Beaufort sejak beberapa hari lalu hingga hari ini disifatkan antara banjir terburuk yang melanda sejak 2014.
Banjir terburuk 30 tahun, lebih 100 perkampungan ditelenggami air
Operasi memindah mangsa sedang giat dijalankan melibatkan lebih 1,500 anggota penyelamat dan sukarelawan.