Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, beberapa unit pam air turut digunakan untuk mempercepatkan proses menyedut air ke sungai berhampiran.
"Saya juga menasihati orang ramai untuk mengutamakan keselamatan diri ketika banjir ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.


Tinjauan Astro AWANI sejak pukul 6.30 pagi ini mendapati, orang ramai sudah boleh melalui kawasan itu dengan hanya menggunakan kenderaan ringan.
Namun demikian difahamkan, penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan itu termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran.
Ia adalah bagi memastikan keselamatan penduduk dijamin sepenuhnya dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Juga difahamkan, kebenaran itu akan dikeluarkan dalam tempoh dua atau tiga hari.