Bantuan menyelamat mangsa banjir di negeri-negeri seperti Pahang, Johor dan Terengganu turut sama disertai oleh Kementerian Pertahanan menerusi satu operasi khas ‘Op Murni’.
Dalam operasi yang melibatkan operasi menyelamat dan pemindahan mangsa seramai 20,378 sehingga kini di 164 pusat pemindahan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengerahkan penglibatan trup dan asetnya kepada tiga divisyen di Pahang dan Johor.
Menerusi satu siaran media yang diemelkan kepada Astro AWANI, Unit Komunikasi Korporat Kemneterian Pertahanan memberitahu kawasan tanggungjawab tiga divisyen yang terlibat dalam ‘Op Murni’ melibatkan seperti berikut:
Di Pahang: Daerah yang terlibat ialah Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut.
Trup terlibat adalah sebanyak 12 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanise, satu Kor Armor DiRaja (KAD) dengan kekuatan 12 pegawai dan 178 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), Trup dari Gerup Gerak Khas (GGK) melibatkan dua pegawai dan 33 LLP.
Aset yang terlibat ialah 16 buah bot, 16 buah kenderaan tiga ton, empat buah kenderaan Land Rover dan Kenderaan TATRA tujuh tan sebanyak enam buah di Pahang dan dua di Terengganu.
Di Johor: Daerah terlibat ialah Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing.
Trup terlibat adalah di daerah Mersing melibatkan satu Rejimen Renjer DiRaja (RRD) dengan kekuatan seorang pegawai dan 31 LLP dan aset terlibat ialah dua buah bot, dua kenderaan tiga tan dan kenderaan TATRA tujuh tan sebanyak 2 di Johor.
Aset TUDM: Pangkalan Udara Kuantan telah dipertanggungjawabkan bagi membantu Majlis Keselamatan Negara memantau tujuh pusat pemindahan banjir sejak 2 Dis lalu iaitu di SMK Paya Besar, Balai Raya Sg Soi, SMK Bukit Rangin dan SMK Gudang Rasau.
Pesawat Nuri dari Skuadron SAR (Search and Rescue) juga telah membuat penerbangan menyelamat di kawasan Paya Besar dan telah menyelamatkan empat orang mangsa banjir yang seterusnya dipindahkan ke pusat penempatan banjir di SMK Paya Besar.
Hanya sebuah pesawat Nuri yang digunakan untuk tujuan bantuan udara dalam Op Murni buat masa ini.
ATM akan turut sentiasa memantau perkembangan banjir yang melanda Pahang dan Johor serta perkembangan di Pantai Timur yang turut mengalami banjir yang lebih buruk dalam masa terdekat.
ATM telah menyediakan pelan tindakan termasuk bantuan logistik untuk bantuan banjir dan semua trup dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan sekiranya diperlukan.
Kementerian Pertahanan juga melahirkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir di Pahang, Johor dan Terengganu serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi yang tidak diingini ini.
Aizat Sharif
Wed Dec 04 2013

Sumber: Kementerian Pertahanan

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Kerajaan terus bela nasib veteran ATM - Adly
Kerajaan terus membela nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hilang upaya akibat kecederaan semasa bertugas bagi memastikan nasib anak-anak mereka tidak terabai.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.

ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan [KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732595776_AnggotaTenteraDara.jpg)
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.

Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ