KUCHING:Hari kedua banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dialihkan awal pagi tadi ekoran dinaiki air.
Pusat pemindahan terlibat ialah PPS Desa Wira dan PPS Malihah di Kuching membabitkan hampir 200 mangsa.
Mangsa terjejas dipindahkan ke PPS lain yang terletak berhampiran.
Menurut penjaga PPS Stapok, Lina Jomek, seramai 25 orang dari tiga keluarga telah dipindahkan dari Balai Raya Desa Wira ke PPS Stapok.
"Pada 14 Januari 2021, setakat jam empat pagi, seramai 160 mangsa dengan tambahan 25 orang dari tiga keluarga yang berpindah dari Balai Raya Desa Wira yang sudah ditenggelami air," katanya.
Namun begitu, menurutnya PPS Stapok kini sudah penuh manakala baki mangsa terpaksa ditempatkan di luar khemah.
"Sejumlah 33 buah khemah telah dipasang tetapi tidak mencukupi untuk menampung lebih ramai penduduk yang terkesan.
"Memandangkan SOP yang perlu kita patuhi, maka kami tidak dapat menerima banyak mangsa kerana tempat terhad.
"Kami akur dengan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa membuatkan sukar untuk kerajaan menambah aset bantuan," ujarnya.
Jelasnya, banjir tahun ini merupakan yang terburuk pernah dialami penduduk Desa Wira dalam tempoh lima tahun.
Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak mencecah 1,473 mangsa dengan penambahan tiga PPS menjadikan jumlah keseluruhan 21 PPS yang aktif.
Daerah yang terjejas termasuklah Kuching, Samarahan, Serian, Simunjan dan Miri.
Afiezul Samit
Thu Jan 14 2021
Hari kedua banjir di Sarawak menyaksikan dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dialihkan awal pagi tadi ekoran dinaiki air. -Astro AWANI
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
Seramai 3,880 mangsa banjir masih berada di 28 PPS setakat pagi ini
Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air di Sungai Bernam melebihi tahap bahaya manakala di Sungai Langat di Kuala Langat melebihi tahap waspada.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima PPS
Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan pagi ini, Perak, Johor kekal
Tiga pusat pemindahan baharu telah dibuka di daerah Baling awal pagi tadi yang menempatkan 33 orang daripada 14 keluarga.
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.
Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang
Tujuh PPS di Kota Setar ditutup hari ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang setakat 4 petang ini.