BENTONG: Fenomena kepala air di Telemong di sini, pada Sabtu lepas berikutan hujan lebat menyebabkan enam penduduk di kawasan itu dihanyutkan arus deras, manakala 10 lagi yang terperangkap dalam kejadian banjir itu berjaya diselamatkan.
Seorang ditemukan mati pada Ahad, empat lagi mayat ditemui pada Isnin dan seorang dilaporkan masih hilang.
Ketika kejadian difahamkan mereka yang ingin pulang ke rumah masing-masing dikatakan sempat menaiki beberapa kenderaan yang berada di situ dan seorang daripada mereka menghantar mesej melalui WhatsApp kepada anggota keluarga meminta tolong.
Mesej itu kemudian disebarkan kepada kumpulan penduduk kampung Felda Chemomoi, Telemong, di sini Sabtu lepas yang segera menggerakkan usaha mencari dan menyelamat.
Menceritakan perkara itu, seorang sukarelawan dari Kampung Chemomoi, Mohd Aizuddin Othman berkata di dalam mesej itu, mangsa meminta tolong dan memberitahu orang kampung mereka sempat naik ke atas kenderaan sebelum dihanyutkan arus deras.
"Saya dapat maklumat ada mangsa yang terlibat pada kira-kira 5 petang dan meminta tolong menyelamatkan mereka, tapi tidak lama kemudian mereka yang terlibat tidak memberikan sebarang respons," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Telemong, di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Abdul Ghani Taib berkata hujan lebat tanpa henti dipercayai menjadi punca berlakunya kepala air di kawasan itu.
"Dari rumah saya yang tidak jauh dari sungai, saya nampak kayu-kayu balak mulai menghempas jalan raya dan rumah-rumah sekitar Telemong.
Melihat keadaan itu, saya bergegas menyelamatkan keluarga kerana paras air naik begitu mendadak dan arus air yang begitu deras pada sekitar 10 malam itu," katanya.
Sementara itu, Razula Mohd Sidek berkata dia bersama penduduk kampung Felda Chemomoi bergerak ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa hanyut akibat banjir dengan 10 kenderaan pacuan empat roda.
"Semasa saya dalam perjalanan menuju ke tempat kejadian saya mendapati pasukan bomba dan penyelamat sudah sampai namun laluan untuk ke lokasi tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh.
Walaupun tanah runtuh, kami bersama pasukan bomba cuba untuk membuat jalan bagi menuju ke lokasi kejadian kerana kami dah berjanji akan cuba sedaya upaya kami untuk menyelamatkan mereka," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati keadaan di kawasan itu dipenuhi lumpur tebal, debu, serpihan balak dan serpihan pondok yang hancur.
Pada Isnin, Bernama melaporkan empat mayat mangsa kejadian itu ditemukan, manakala operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang diteruskan semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa keluar satu daripada tiga mayat mangsa banjir lumpur di Sungai Telemong. - Gambar fail Bernama
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.