IPOH: Jumlah mangsa banjir kilat di Perak semakin mencatatkan penurunan setakat jam 8 malam ini dengan hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu di Sekolah Rendah Changkat Lobak di daerah Kerian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam kenyataan, memaklumkan PPS itu yang dibuka pada jam 5 petang tadi menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah.
Tiga PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih, Selama; Balai Raya Kampung Klah, Sungkai serta Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt, Taiping yang dibuka sebelum ini telah ditutup sepenuhnya hari ini dan kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak memaklumkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran dengan bacaan direkodkan 3.37 meter.
Paras air di Sungai Slim di Slim River merekodkan bacaan 25.07 meter dan berada pada paras berjaga-jaga.
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan hanya satu lorong dibuka untuk dilalui semua kenderaan di FT077 Jalan Pengkalan Hulu-Sempadan Thailand Seksyen 5 di Hulu Perak akibat runtuhan dan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.
Jalan A 156 Jalan Karai-Jawang Trosor di Kuala Kangsar pula masih ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini akibat tanah runtuh di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

PPS itu yang dibuka pada jam 5 petang tadi menempatkan 26 mangsa daripada empat keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah. - Gambar Bernama

Projek atasi hakisan di Pantai Puteri dijangka siap sebelum 2027 - Exco
Projek mengatasi fenomena air pasang besar dan hakisan di Pantai Puteri sedang dilaksanakan dengan peruntukan lebih RM20 juta.

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Indonesia pergiat usaha pembenihan awan untuk tangani bencana berkaitan hujan
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

JKNS, orang awam selamatkan wanita hamil semasa kejadian tanah runtuh di Tambunan
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama terputus, menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan ke lokasi kejadian.

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.