Beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.
Beberapa batang jalan yang dinaiki air sehingga paras lutut ditutup kepada lalu lintas dan dikawal polis trafik.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata antara kawasan yang terjejas ialah Jalan P. Ramlee, susur masuk ke Jalan Gemas sehingga persimpangan belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi dan bulatan Jalan Free School.
"Setakat ini tiada mangsa yang terlibat dan air juga semakin surut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Jurucakap itu berkata terdapat pokok tumbang di beberapa kawasan di sini antaranya di Taman Lip Sin, Jalan Perak, Bayan Baru dan Paya Terubong.
Katanya tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun lapan buah kereta di Taman Lip Sin, di sini dihempap pokok.
Hujan lebat turut menyebabkan beberapa kawasan rendah di Bukit Mertajam dinaiki air dan antara tempat yang mengalami banjir kilat ialah Jalan Rozhan, Machang Bubok, Cheruk Tok Kun dan Perda.
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata beberapa batang pokok di kawasan Bukit Mertajam dan Simpang Ampat, dekat sini turut dilaporkan tumbang, bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.
Katanya banjir kilat itu mengakibatkan air naik sehingga mencecah buku lali, bagaimanapun tiada mangsa yang dipindahkan kerana air surut pada pukul 11.30 pagi.
Sementara itu, beberapa unit kediaman di Apartmen Permata Bandar Perda mengalami kerosakan selepas pencawang telekomunikasi yang dibangunkan di bahagian bumbung bangunan lima tingkat itu tumbang.
Seorang mangsa, Adli Ahmad, 40-an, berkata beliau hanya menyedari bumbung di unit kediamannya rosak selepas air hujan mula masuk ke bahagian dapur dan selepas diperiksa, bumbung itu didapati bocor setelah dihempap pencawang yang tumbang.
"Pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi itu tumbang dan menghempap bumbung tiga unit kediaman penduduk di sini. Penduduk di sini juga hairan bagaimana pencawang itu dibina di bahagian atas bangunan apartmen kami tanpa persetujuan penduduk setempat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2016

Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan beberapa kampung berhampiran Jalan P. Ramlee mengalami banjir kilat hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.

Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.

Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.