PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini meluluskan penggunaan pirolisis mudah alih bagi memudahkan proses pelupusan sisa pepejal akibat bencana banjir, kata Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Zaini Ujang.
Beliau berkata menerusi kemudahan pirolisis mudah alih tersebut, sisa pepejal dapat dilupuskan di 12 stesen pemindahan sementara sisa pepejal berhampiran lokasi yang dilanda banjir di Selangor.
Menurut Zaini, pirolisis adalah kaedah menguruskan sisa pepejal melalui proses penguraian bahan organik pada suhu tinggi tanpa adanya oksigen, iaitu ia tersedia dalam unit mudah alih yang ringkas.
"Kaedah ini akan membantu memudahkan pengurusan sisa di lokasi yang terjejas akibat banjir dan menjimatkan masa pelupusan.
"Kelulusan khas akan dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada penyedia perkhidmatan yang mempunyai kemudahan dan kepakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi memudahkan urusan pelupusan sisa peralatan elektrik dan elektronik (e-sisa) oleh penduduk yang terkesan dengan banjir, Zaini berkata KASA dengan kerjasama kerajaan negeri telah menyelaraskan tindakan kutipan dan pengangkutan keluar e-sisa daripada kawasan banjir.
"Ia akan dilaksanakan oleh pusat-pusat pengumpulan e-sisa berdaftar atau premis yang ditetapkan yang dilesenkan oleh JAS supaya kutipan dapat dibuat dengan segera dan teratur mengikut kawasan," katanya.
Beliau berkata semua pihak yang membantu membersihkan kediaman mangsa banjir disaran untuk mengasingkan e-sisa daripada buangan lain untuk dilupuskan dan tidak melupuskannya melalui pembakaran terbuka kerana aktiviti tersebut boleh menjejaskan kualiti udara serta memudaratkan kesihatan mereka.
Zaini turut berharap mereka yang membantu mangsa banjir dapat mengasingkan sisa pepejal terkumpul mengikut kategori iaitu e-sisa untuk dikitar semula, sisa pukal perumahan seperti perabot dan peralatan bersaiz besar diasingkan untuk dilupuskan di tapak pelupusan manakala sisa lain seperti pakaian dan makanan pula diasingkan untuk dilupuskan secara pirolisis atau kaedah mudah alih yang lain.
Dalam pada itu, beliau berkata JAS juga telah memberi kebenaran khas untuk kerajaan Selangor melupuskan sisa pukal perumahan menggunakan kaedah lubang pelupusan terurus (KLPT).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
Zaini berkata menerusi kemudahan pirolisis mudah alih tersebut, sisa pepejal dapat dilupuskan di 12 stesen pemindahan sementara sisa pepejal berhampiran lokasi yang dilanda banjir di Selangor. - Bernama
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.