SEGAMAT: Bagaikan 'zoo terapung' apabila kandang kambing milik Abdul Razif Abdul Rahman di Kampung Tekam, dekat sini, di kelilingi air akibat limpahan Sungai Chodan sedalam 0.6 meter, menyebabkan 80 ekor haiwan ternakannya 'terkandas' dalam satu kandang.
Penternak berusia 43 itu berkata kebiasaannya kambing tersebut akan dilepaskan ke kawasan rumput berhampiran, tetapi disebabkan banjir terpaksa dikurung dalam kandang sahaja.
"Kawasan ini seolah-olah terkepung kerana laluan utama ditutup akibat ditenggelami banjir dan air sungai yang terletak berhampiran melimpah, yang tidak menunjukkan tanda akan surut dalam masa terdekat ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Tekam di sini, semalam.
Abdul Rasif turut mengalami kerugian apabila reban itik yang baru diusahakan juga ditenggelami air menyebabkan kira-kira 30 ekor daripada 50 ekor haiwan ternakannya itu hilang.
Bapa kepada dua anak perempuan itu berkata disebabkan banjir yang masih belum surut, dia kini terpaksa berulang alik menggunakan bot ke bandar Segamat kerana kehabisan bekalan dedak untuk makanan ternakannya, selain mencari rumput untuk kambing di kawasan yang tidak terjejas banjir.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati Kampung Tekam terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung itu dengan Bukit Kepong serta bandar Segamat dinaiki air.
Sebuah pusat agihan bantuan dibuka bagi memastikan kira-kira 50 penduduk yang terjejas menerima bantuan disalurkan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
Bantuan hanya boleh dihantar dengan bot menggunakan laluan sungai yang mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit dari bandar Segamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Salah seekor kambing peliharaan Abdul Razif Abdul Rahman, ketika tinjauan di Kampung Tekam di Segamat. - Foto BERNAMA
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.