KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di sebahagian daerah di Johor sedikit pulih dengan penutupan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi dan dua di Segamat, manakala jumlah mangsa di Pahang terus berkurangan dan Melaka pula tidak berubah setakat petang ini.
Di JOHOR, angka mangsa banjir menunjukkan sedikit penyusutan kepada 44,780 orang di enam daerah setakat 2 petang ini, berbanding 45,048 orang pada 8 pagi tadi.
Daerah Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 35,818 orang, susulan peningkatan air di daerah itu, diikuti dengan Muar 4,057 orang dan Tangkak 2,424 orang.
PPS yang ditutup di daerah Kota Tinggi membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Semanggar; SK Taman Kota Jaya; SK Sungai Telor; Dewan Raya Taman Kota Jaya; Sekolah Agama (SA) Taman Kota Jaya dan SA Desa Mahkota, manakala di Segamat ialah Balai Raya Kampung Padang Kiambang dan Kampung Mensudut Lama.
Sebanyak 10 sungai masih melepasi paras bahaya antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada di paras 19.91 meter (m); Sungai Muar di Buloh Kasap (Segamat) di paras 9.27m dan Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) di paras 4.94m.
Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan, jumlah mangsa banjir di Rompin menurun kepada 2,122 orang daripada 624 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS petang ini, berbanding 2,248 daripada 659 keluarga pagi tadi.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan, Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya petang ini, dengan menunjukkan trend menurun.
Sementara itu, di MELAKA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Jasin kekal 523 orang daripada 141 keluarga dan ditempatkan di lima PPS setakat 2 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Keadaan di pekan Parit Sulong, Batu Pahat yang masih digenangi banjir termenung ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.