MUAR: Balai Polis Panchor, di Muar ditutup sementara hari ini selepas dinaiki air susulan bencana banjir yang melanda daerah itu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, tiga keluarga anggota yang menetap di kuarters balai tersebut juga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran.
“Balai Polis Panchor (juga) ditutup sementara kerana terkesan dengan banjir dan sebarang urusan yang melibatkan laporan polis boleh dibuat di mana-mana balai berhampiran.
“Rondaan berkala oleh pihak polis di kawasan terjejas dengan banjir juga digiatkan bagi memastikan keselamatan harta benda mangsa sentiasa dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam pada itu, ujar Raiz Mukhliz, sebanyak tujuh laluan di tutup kepada semua jenis kenderaan di daerah berkenaan berikutan berlaku limpahan air.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih peka dengan keadaan cuaca dan tidak mengambil risiko untuk melalui jalan yang telah dinaiki air.
“Antara jalanyang ditutup adalah Jalan Muar - Labis berhampiran pasar raya Speedmart Lenga, laluan berhampiran Kampung Jawa dan juga jalan berhampiran Jambatan Sungai Tui.
“Jalan lain yang terjejas adalah Jalan Tekam Pagoh (Kebun Kelapa Sawit), Jalan Durian Chondong (Jambatan Sungai Muar), Jalan Renchong - Gombang ( Sungai Menchil) dan Jalan Kampung Liang Batu (Masjid Kampung Liang Batu),” katanya.
Sehingga jam 4 petang Sabtu, seramai 3,492 mangsa dipindahkan ke 23 PPS yang melibatkan 1,026 buah keluarga.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Mar 04 2023
Balai Polis Panchor, di Muar ditutup sementara hari ini selepas dinaiki air susulan bencana banjir yang melanda daerah itu. - Foto ihsan PDRM
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Filipina mungkin guna platform antarabangsa saman Filipina
Filipina merancang memutuskan platform antarabangsa untuk menyaman China atas dakwaan kerosakan kepada persekitaran marin.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Jualan, harga beras Vietnam dijangka merosot
Sektor beras Vietnam mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam eksport pada 2025 selepas kejayaan pada tahun lalu, Agensi Berita Vietnam memetik pakar pada hari Khamis.
Banjir Johor: Balai Polis Panchor ditutup selepas dinaiki air
Balai Polis Panchor, di Muar ditutup sementara hari ini selepas dinaiki air susulan bencana banjir yang melanda daerah itu.