KUALA TERENGGANU: Hari kedua banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penduduk terjejas kepada 2,525 orang daripada 712 keluarga pagi ini berbanding 1,237 orang daripada 339 keluarga malam tadi.
Peningkatan itu susulan penambahan 29 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi ketika ini ialah sebanyak 51 buah di lima daerah.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Terengganu dengan 69 individu daripada 24 keluarga ditempatkan di empat PPS ketika ini.
"Daerah Kemaman merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1,203 orang daripada 328 keluarga di 18 PPS diikuti Hulu Terengganu (650 orang, 196 keluarga di 11 PPS), Setiu (198 orang, 71 keluarga di tujuh PPS) dan Besut (405 orang, 93 keluarga di 11 PPS).
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN juga terus menunjukkan peningkatan setakat 8 pagi ini, iaitu 853 orang daripada 237 keluarga berbanding 400 orang daripada 113 keluarga, malam tadi.
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak 21 PPS dibuka melibatkan masing-masing lapan di Tanah Merah dan Jeli manakala empat di Kuala Krai dan satu di Pasir Mas.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan beberapa sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Sungai berkenaan ialah Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli merekodkan bacaan 29.75 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (26.79 m), Sungai Kelantan di Temangan, Machang (21.50 m), Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (42.50 m) dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.32 m).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
Mangsa banjir Tarmizi Jaafar, 60, menyarung plastik pada barangan perniagaan gerainya yang diletakkan di atas rakit selepas kawasan itu dilanda banjir semasa tinjauan di Kampung Teladas di Kemaman, Terengganu hari ini. - fotoBERNAMA
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Banjir di Terengganu, Kelantan semakin buruk, penduduk dipindahkan meningkat mendadak
Hari kedua banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak jumlah penduduk terjejas kepada 2,525 orang daripada 712 keluarga pagi ini berbanding 1,237 orang daripada 339 keluarga malam tadi.