Banjir di daerah Raub kembali pulih selepas tiga pusat pemindahan yang menempatkan seramai 101 mangsa ditutup secara berperingkat pagi ini.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang Zainal Yusoff berkata kesemua 31 keluarga itu melibatkan penduduk dari enam kampung iaitu Kampung Padang Manggis, Masjid Gali, Gali Hilir, Kuala Temau, Ajai dan Kuala Gali.
"Tiga pusat pemindahan banjir yang ditutup secara berperingkat pagi ini ialah Kompleks Mini Sukan Kampung Kuala Gali yang menempatkan seramai 30 orang daripada sembilan keluarga, Masjid Kuala Temau (21 orang daripada lapan keluarga) diikuti pusat pemindahan Dewan Serbaguna Kampung Pia yang menempatkan 50 orang daripada 14 keluarga yang terakhir ditutup pada 11.50 pagi tadi.
"Mereka telah dibenarkan pulang selepas paras air banjir di kediaman masing-masing telah surut sepenuhnya," katanya yang turut menambah keadaan cuaca di Raub cerah dan paras air sungai juga telah surut.
Sebanyak lima pusat pemindaan banjir telah dibuka di daerah Raub yang menempatkan seramai 122 mangsa daripada enam buah kampung dengan penempatan pertama dibuka seawal 7 pagi semalam.
Bernama
Tue Nov 24 2015
Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan seorang OKU daripada kawasan banjir di Raub semalam. - Twitter/BombaJBPM
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Banjir di Raub pulih dengan kesemua pusat pemindahan ditutup
Tiga pusat pemindahan yang menempatkan seramai 101 mangsa daripada 31 keluarga telah ditutup secara berperingkat pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Raub berkurangan
Tiga lagi pusat pemindahan masih beroperasi pagi ini yang menempatkan 101 orang, berbanding 122 orang di empat pusat pemindahan yang direkodkan malam tadi.