PUTRAJAYA: Laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) terhadap cadangan ladang hutan di Gunung Inas, Baling, Kedah diluluskan setelah Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Teknikal EIA mendapati langkah pencegahan, mitigasi dan kawalan pencemaran adalah mencukupi.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata satu laporan EIA bertajuk "Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) for the Development of Forest Plantation in Gunung Inas Forest Reserved Mukim Bakai, Kupang and Pulai, District of Baling, Kedah Darul Aman" diluluskan pada 25 Julai 2013.
"Ahli jawatankuasa itu terdiri daripada agensi di peringkat Persekutuan dan negeri serta pakar mengikut bidang yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata antara agensi terlibat ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
Turut terlibat Jabatan Pertanian, Majlis Daerah Baling, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Kedah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Kedah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah dan Pejabat Tanah dan Daerah Baling.
Wan Abdul Latiff berkata konsep projek yang dibenarkan adalah pembangunan ladang hutan dengan keluasan tidak melebihi 5,000 hektar yang mengandungi tiga komponen iaitu pembalakan dan silvikultur (penanaman semula spesies kayu atau tumbuhan sedia ada), tebang habis bagi tujuan penanaman getah klon balak dan pembangunan hutan yang terdiri daripada ladang hutan mono-tanaman bagi penghasilan kayu getah dan lateks.
Katanya cadangan projek itu dilaksanakan oleh Penggerak Projek Perbadanan Menteri Besar Kedah, JV Kedah Agro Plantation Sdn Bhd pada peringkat awal dan kemudian ditukar kepada Aman Mega Sdn Bhd.
"Berdasarkan siasatan JAS, satu Notis Arahan dikeluarkan pada 10 Mac 2021 kepada Penggerak Projek memandangkan terdapatnya perubahan konsep asal yang dilaksanakan di tapak tersebut iaitu ladang hutan tersebut telah ditanam dengan pokok durian, bukan pokok getah klon balak," katanya.
Wan Abdul Latiff berkata pemeriksaan penguatkuasaan terkini JAS Negeri Kedah pada 24 Mei lepas mendapati tiada kerja-kerja penanaman semula anak benih pokok yang dijalankan di Kompartmen 8, Hutan Simpan Gunung Inas, Baling.
"Tiada juga aktiviti pembalakan aktif atau penanaman semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sehingga hari ini kerana aktiviti tersebut tidak mendapat kelulusan kerja daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Walau bagaimanapun, tanaman tutup bumi telah ditanam dan tumbuh menutupi kawasan tanah yang terdedah," katanya.
Menurutnya beliau telah mengarahkan JAS Negeri Kedah meneruskan pemantauan dan melaksanakan penguatkuasaan secara berkala serta berterusan bagi memastikan mana-mana aktiviti pembangunan di negeri itu yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (AKtiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 sentiasa mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Beliau juga mengingatkan supaya semua penggerak projek pembangunan yang tertakluk kepada EIA sentiasa mematuhi semua syarat kelulusan Laporan EIA dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada Isnin lepas, bencana banjir dan kepala air yang berlaku kira-kira pukul 4 petang telah menjejaskan 12 kampung di sekitar daerah Baling iaitu Kampung Iboi, Kampung Lata Celak, Kampung Padang Empang, Kampung Bukit Iboi.
Turut terjejas ialah Kampung Masjid Iboi, Kampung Bendang Padang, Kampung Bendang Bechah, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Bukit Tinggi, Klinik Kampung Pisang dan Kampung Sadik.
Tiga sekeluarga berumur antara 14 hingga 53 tahun termasuk seorang wanita hamil, maut selepas dihanyutkan arus banjir di Kampung Iboi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022

Bencana banjir dan kepala air yang berlaku Isnin lepas menjejaskan 12 kampung di sekitar daerah Baling iaitu Kampung Iboi, Kampung Lata Celak, Kampung Padang Empang, Kampung Bukit Iboi. - Gambar/ Bernama
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.