KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di seluruh negara yang terpaksa berpindah dari rumah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat bencana banjir.
Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, baginda berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini.
“Seri Paduka Baginda telah berkenan meluangkan masa hampir saju jam dari jam 11.15 pagi menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut.
“Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka dengan harapan ianya dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir kilat susulan hujan lebat sejak 48 jam lepas.
“Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat Baginda tanpa mengira masa, tempat dan cuaca.
“Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di empat lagi PPS di Dewan Hamzah (Dang Wangi), Pusat Komuniti Sentul, SRJK Tamil Saraswathy dan Dewan Sri Endah Seputeh di Brickfields,” jelas Istana Negara menerusi Facebook pada Ahad.
Tambah Istana Negara, Seri Paduka Baginda juga menasihati rakyat yang terkesan akibat banjir ini supaya bersabar dan reda dalam menghadapi ujian serta dugaan yang menimpa mereka.
“Baginda turut menasihati rakyat supaya mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan diri dan keluarga tersayang.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar semua pihak membuat persediaan rapi memandangkan cuaca diramalkan kurang baik pada bulan ini (Disember) dan Januari.
“Seri Paduka Baginda menyeru agensi-agensi kerajaan untuk turun menghulurkan segala bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara dengan lebih pantas, termasuk khemah-khemah yang mencukupi di PPS untuk keselesaan mangsa-mangsa banjir.
“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan semoga cuaca akan bertambah baik dan bencana banjir tidak berlarutan serta fenomena banjir terbesar pada tahun 1971 tidak berulang,” tambah kenyataan itu lagi.
BACA: Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang
Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi ini.
Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Faris Danial Razi
Sun Dec 19 2021
Yang di-Pertuan Agong (tengah) berkenan meluangkan masa hampir saju jam dari jam 11.15 pagi menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini. - Facebook Istana Negara
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir Kemaman terus meningkat kepada lebih 2,000
Ketika ini, hujan melanda di beberapa tempat di negeri ini dan jumlah mangsa turut menunjukkan trend meningkat.