Merujuk kepada kenyataan Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang disiarkan Utusan Malaysia dan Kosmo bertarikh 19 Disember 2022, beliau memaklumkan antara punca berlakunya banjir sekitar Kota Bharu adalah saluran sistem perparitan yang tertutup setelah ditambak tanah.
Beliau yang mengesahkan terdapat kekurangan parit di beberapa kawasan di bandar ini, menggambarkan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam isu perparitan, wajib ditambah baik dengan segera, memandangkan banjir di Kelantan khususnya di ibu negeri ini berlaku pada setiap tahun.
Sehubungan itu, ABIM Kelantan menggesa kerajaan negeri, membentangkan pelan perparitan holistik di semua daerah, dengan membuat pemetaan parit, longkang dan saliran dan membentangkan pelan tersebut untuk tontonan awam.
Dalam kenyataan beliau yang disiarkan oleh dua akhbar tersebut, beliau mendakwa ada penduduk yang menambak tanah sehingga saluran perparitan tersumbat. Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seolah menyalahkan rakyat yang mengakibatkan saluran perparitan gagal berfungsi, sedangkan tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk memastikan saluran perparitan lancar, apatah lagi
amaran taburan hujan luar biasa sudah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum pembubaran parlimen menjelang Pilihanraya Umum ke-15 lagi.
Berdasarkan pemantauan kami di media sosial rasmi Majlis Perbandaran Kota BharuBandar Raya Islam (MPKB-BRI), dalam tempoh September sehingga Disember 2022, hanya dua kali pembersihan longkang dan parit dilakukan sedangkan kawasan pentadbiran MPKB-BRI memerlukan penggalian dan pembersihan berkala yang lebih kerap, sesuai dengabn status sebuah bandar raya Islam.
Sebagai kesimpulan, ABIM Kelantan menggesa kerajaan negeri bertindak sesegera mungkin bagi mengelak masalah kegagalan saliran perparitan di Kelantan seperti berikut:
1. Bentangkan Pelan Perparitan Holistik Kelantan dengan membentangkan peta aliran perparitan untuk kawasan di bawah kawasan MPKB-BRI sebagai projek rintis sebelum April 2022.
2. Menyediakan senarai semak (checklist) lokasi perparitan utama beserta jarak dari satu lokasi ke satu lokasi, agar rakyat dapat mengetahui lokasi perparitan yang kritikal daripada ditambak orang awam.
3. Menjadualkan penggalian parit dan saliran seluruh MPKB-BRI secara konsisten setiap tiga bulan dan wajib disiarkan melalui platform media sosial.
4. Andai dakwaan TMB Kelantan berkenaan rakyat yang menambak longkang itu berasas, kami menggesa agar kerajaan negeri menyenarai dan menguatkuasakan sebuah enakman bagi mengelak situasi orang awam menambak longkang pada masa akan datang.
5. Setelah berjaya melaksanakan Pelan Perparitan Holistik Kelantan di peringkat MPKBBRI, kerajaan negeri Kelantan perlu melaksanakan projek ini di semua daerah lain di seluruh negeri Kelantan.
Merujuk kepada keberkesanan kekerapan penggalian parit dan longkang yang sedia ada, kami mengambil contoh polisi yang dilakukan oleh Gabenor Bangkok, Mr. Chatchart Sittipun pada September 2022 yang lalu.
Kadar taburan hujan di Bangkok pada ketika itu adalah hujan lebat luar biasa, namun persediaan yang dilakukan lebih awal termasuklah penggalian parit dan longkang berskala besar di seluruh Bangkok, pengaliran air banjir turun ke laut dapat surut dalam tempoh yang lebih singkat.
Dengan cadangan Pelan Perparitan Holistik Kelantan, diharapkan kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat Kelantan dan mengelakkan banjir akibat saluran perparitan tersumbat berulang lagi.
MOHD SYAHIRAN MUHAMMAD
Yang DiPertua,
ABIM Negeri Kelantan
Kenyataan Media
Thu Dec 22 2022

Cadangan itu bagi mengelakkan banjir akibat saluran perparitan tersumbat berulang lagi. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Banjir: ABIM Kelantan gesa kerajaan negeri bentangkan pelan perparitan holistik
Cadangan itu bagi mengelakkan banjir akibat saluran perparitan tersumbat berulang lagi.